Utama Artis Pernah Terjerat Dengan Bahan Terlarang & Jalani Hukuman, Ameng Buka Cerita

Pernah Terjerat Dengan Bahan Terlarang & Jalani Hukuman, Ameng Buka Cerita

Nama penyanyi Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail sudah lama menapak dalam industri muzik tanah air sejak menganggotai kumpulan Spring sekitar tahun 90-an. Bagaimanapun, dia juga pernah dijatuhi hukuman penjara selama 8 tahun berserta 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Melaka pada 12 April 2011 atas kesalahan penyalahgunaan bahan terlarang. Terkesan dengan apa yang dilaluinya itu, Ameng membuat perkongsian menerusi laporan Harian Metro.

BACA : Adira Nekad Mahu Berpisah Dengan Suami, Tapi Ditolak Pula Oleh Datuk Red..

Selagi seseorang individu itu terlibat dengan penagihan bahan terlarang, jangan mudah terpedaya ataupun mempercayai kata-katanya termasuk jugalah permohonan maaf yang diucapkan.

Hal ini kerana Ameng berpendapat bahawa terdapat sesetengah artis yang terpalit dengan isu ini sering kali dilihat memohon maaf dengan mudah meskipun sudah berkali-kali ditahan dan kemudiannya dibebaskan.

Kredit Foto : Metro

Jika keinginan nak berubah tiada, banyak kali minta maaf tak bawa apa-apa

Malah penyanyi berusia 50 tahun ini memberitahu seseorang individu yang sudah terpalit dengan kancah penagihan untuk kembali ke pangkal jalan melalui kehidupan normal bukanlah perkara mudah.




Pandangan serong masyarakat masih ada

Tambah vokalis kumpulan Spring ini lagi, dia bersyukur pengalaman menjalani hukuman sebelum ini sudah membuatkannya insaf dan memperbaiki kehidupan baru ke arah lebih baik. Namun, Ameng tidak menafikan bahawa pandangan serong terhadap bekas penagih sepertinya masih melekat dalam masyarakat.

Pun begitu, Ameng tetap percaya bahawa kemaafan yang dipinta oleh seseorang bekas penagih itu boleh diterima jika individu tersebut sudah menunjukkan perubahan secara total dalam diri dan kehidupannya. Malah antara perubahan positif yang boleh dilihat menerusi seseorang itu adalah seperti kembali mencari jalan Allah, lebih sihat dan ceria serta sentiasa berfikiran positif.

Sumber : Harian Metro




Artikel Popular