Utama Artis Adira Nekad Mahu Berpisah Dengan Suami, Tapi Ditolak Pula Oleh Datuk Red..

Adira Nekad Mahu Berpisah Dengan Suami, Tapi Ditolak Pula Oleh Datuk Red..

Baru-baru ini, penyanyi Adira Suhaimi telah menfailkan permohonan untuk berpisah dengan suaminya iaitu Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat. Menurut Adira, permohonan itu telah difailkannya pada 1 April lalu. Malah semasa disoal oleh Hakim Syarie Mohd Faizal Habib mengenai isu ini, dia tetap bertegas dengan pendiriannya bagi meneruskan permohonan berikut.

BACA : Kongsi Video Anniversary, Suami Amyza Aznan Kini Lumpuh Akibat Angin Ahmar

Saya tetap mahu teruskan perpisahan ini.. – Adira

Walau bagaimanapun, Datuk Red membantah permohonan pelantun lagu ‘Pujaan Hati’ tersebut. Sebelum ini, Adira telah menfailkan permohonan tersebut melalui kaedah hakam dan sepatutnya prosidingnya ditetapkan untuk perlantikan pegawai mahkamah pada hari ini, namun ia ditangguhkan.

Hal ini kerana peguam syarie Mohd Hafiz Abd Rashid yang mewakili Datuk Red memberitahu bahawa anak guamnya membuat semakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam berkaitan hakam keluarga. Dia juga menetapkan 17 Disember depan sebagai tarikh sebutan.




Saya tak boleh buka mulut, doakan yang terbaik

Menerusi laporan Berita Harian, Adira atau nama penuhnya Siti Adira Suhaimi meminta orang ramai agar mendoakan segala urusannya berjalan lancar. Malah dia juga tidak mahu mengulas dengan lebih lanjut mengenai prosiding tersebut kerana masih dalam proses Mahkamah Syariah.

Kredit Foto : BH Online

Adira dan Datuk Red telah mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand sebagai isteri kedua. Hasil perkahwinan ini mereka dikurniakan 3 orang cahaya mata iaitu Anggrek, Assan dan Anggun.

Sumber : Harian Metro , BH Online




Artikel Popular