Mula melibatkan diri dalam dunia hiburan sejak tahun 2009, nama pelakon cilik Puteri Balqis pasti tidak asing lagi di kalangan kita semua. Bahkan terdahulu, bakat kecil ini menggalas watak dalam drama memang sangat mantap sehingga mampu meruntunkan jiwa ramai. Namun pada sekitar tahun 2018, peminatnya dikejutkan dengan berita sedih bahawa Balqis mengalami masalah kanser. Meskipun perit, tetapi ibunya memberikan gambaran bahawa Balqis kuat menerima ujian tersebut.
BACA :Â [VIDEO] Gigih Azhan Rani Melalak Di Belakang, Abil Pula Dirasuk Masa Shooting
Lebih kerap tulis buku daripada berlakon
Setelah sekian lama wajah Puteri Balqis tidak keluar menghiasi kaca televisyen, laporan yang dikongsikan oleh Harian Metro nampaknya mendapat perhatian ramai. Melalui temu bual bersama pelakon kanak-kanak tersebut, rupanya dia lebih sibuk melibatkan diri menerusi bidang penulisan dan penjualan buku selama ini. Kali terakhir berlakon adalah pada 2018, namun anak kecil ini mengakui sangat gembira saat menulis buku di samping dapat menghabiskan masa dengan ibu tercinta. Bahkan pekerjaan itu dibuat demi menampung kehidupannya sehingga sekarang.
Naik kenderaan awak pergi jual buku
Menurutnya lagi, dia dan ibunya akan berulang alik menggunakan kenderaan awam untuk menuju ke lokasi jalanan bagi menjual buku berkenaan. Bercakap mengenai tahap kesihatannya kini, Balqis menjelaskan dia mempunyai gangguan kesihatan dalaman dengan pelbagai kesan sampingan yang membuatkan dirinya lemah.
Pernah tidur di kaki lima
Sempat menjelaskan tentang populariti yang diraihkan suatu ketika dahulu, namun dirinya lebih suka menghabiskan masa dengan pembuatan buku sert turun di jalanan bagi menyantuni warga gelandangan. Bahkan menurut video yang dikongsikan oleh Instagram Harian Metro ini, mereka pernah tidur sekali di jalanan dengan golongan tak bernasib baik berkenaan.
Kami sentiasa berdua. Puteri dengan ibu sahaja. Kebanyakannya tinggalkan kami bila kami jatuh. Pasti ada kemenangan buat kami.
Sumber : Instagram Harian Metro