[VIDEO] Gigih Azhan Rani Melalak Di Belakang, Abil Pula ‘Dirasuk’ Masa Shooting

Kalau menyebut sahaja nama pelakon popular iaitu Azhan Rani dan juga Nabila Huda, pastinya ramai sudah sedia maklum mengenai bakat lakonan mereka yang begitu hebat. Meskipun sering membuat penonton hilang sabar menerusi pembawaan watak antagonis, namun mereka berdua juga sangat hebat dalam meruntun jiwa penonton melalui drama-drama sedih. Beberapa hari lalu di Instagram milik Nabila Huda, nampaknya dia dan Azhan Rani telah digandingkan dan kini sibuk menjalani shooting untuk sebuah telemovie.

BACA : [VIDEO] Suami Dapat Panggilan Tugas Ke Australia, Isteri Payah Lepaskan Pergi

Sumpah tak plan…Roh masuk tiba-tiba

Namun dalam pelbagai kerja belakang tabir yang dikongsikan, salah satunya berjaya menarik perhatian ramai sejak beberapa hari lalu sehingga meraih hampir setengah juta tontonan. Babak tersebut menyaksikan watak Abil perlahan-lahan berlalu pergi sambil disaksikan oleh Azhan Rani yang hanya mampu berdiri di hadapan pintu rumah.

Advertisement

Kemain bersungguh Nabila Huda miming lagu

Sebak dengan pemergian cinta hatinya, watak Azhan Rani pula terus jatuh terduduk sebelum menangis semahu-mahunya. Namun begitu, adegan sedih akhirnya bertukar lucu tatkala Abil mula miming lagu latar telemovie berkenaan yang berjudul ‘Takdir Tercipta’. Kesungguhan dia menggayakan lagu tersebut dapat disaksikan menerusi mimik wajahnya yang penuh dengan emosi.

Advertisement

Abil ni kan…Pecah perut gelak

Seperti yang dijangka, perangai ‘gila-gila’ Nabila Huda sekali lagi menghiburkan ramai orang. Bukan sahaja rakan artis, malahan ribuan para netizen membanjiri ruangan komen posting tersebut dan meluahkan rasa terhibur mereka.

Advertisement

Sumber : Instagram Nabila Huda

Advertisement

Advertisement