Viral

Baru Nak Akad Nikah, Lelaki Terkejut Ex-Girlfriend & Ibunya Datang Buat ‘Drama’

Baru Nak Akad Nikah, Lelaki Terkejut Ex-Girlfriend & Ibunya Datang Buat ‘Drama’

Sharing is caring!

Tidak kira sekuat mana pun kita berusaha mempertahankan hubungn cinta dengan orang istimewa, ia tidak akan kekal lama sekiranya Allah sudah menentukannya mengikut jalan takdir. Memang benar perpisahan itu amat menyakitkan, namun hidup masih perlu diteruskan dan pasti ada insan lebih baik menanti kita kelak. Namun kadangkala, fasa itu amat sukar dilalui memandangkan perasaan sayang dalam diri tidak mudah terhapus begitu sahaja.

BACA : Berani Lentok Di Bahu, Pengantin Perempuan Hempuk Ex-Girlfriend Guna Bunga


Saat akad nikah, muncul Sang Mantan bersama emaknya

Mungkin itu yang dirasai oleh seorang wanita ini tatkala dia menguatkan diri untuk bertandang ke majlis perkahwinan bekas teman lelakinya bersama lelaki lain. Namun siapa menduga, kejadian yang berlaku di Indonesia itu rupanya bertukar menjadi kekacauan apabila dia bersama ibunya mula membuat kacau. Saat mempelai sudah berada di atas pelamin untuk diijabkabulkan, acara itu terganggu dengan jeritan suara wanita sambil disaksikan tetamu yang hadir pada hari berkenaan.

Wanita masuk pentas ijab kabul

Baru sahaja tangan pengantin lelaki digenggam, bekas teman wanitanya cuba menghalang akad nikah berkenaan daripada berlangsung. Si emak pula terus menjerit-jerit sebagai tanda bantahan demi menghentikan majlis murni berkenaan. Daripada laporan sebuah portal berita Indonesia, proses ijab kabul itu tetap diteruskan meskipun keadaan masih hura-hara. Bahkan orang ramai juga berusaha menghalang dua beranak tadi daripada terus membuat kekacauan sehingga mengganggu kelancaran acara.


Baru Nak Akad Nikah, Lelaki Terkejut Ex-Girlfriend & Ibunya Datang Buat ‘Drama’ Baru Nak Akad Nikah, Lelaki Terkejut Ex-Girlfriend & Ibunya Datang Buat ‘Drama’

Sumber : Instagram Yuni Rusmini dan Portal Oke News


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Baru Nak Akad Nikah, Lelaki Terkejut Ex-Girlfriend & Ibunya Datang Buat ‘Drama’

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram