Uncategorised

‘Pergi’ Lepas Hampir 8 Jam Dilahirkan – Kisah Anak Syurga Ini Meruntun Jiwa

‘Pergi’ Lepas Hampir 8 Jam Dilahirkan – Kisah Anak Syurga Ini Meruntun Jiwa

Sharing is caring!

Kehadiran zuriat dalam rumah tangga boleh diibaratkan sebagai cahaya yang menyinari kehidupan suami isteri. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang menanti rezeki anak sejak sekian lama. Tapi siapalah kita untuk menidakkan takdir yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Seperti perkongsian kisah menerusi page Mr Wan Cai Official tentang pemergian seorang bayi tidak sampai sehari dilahirkan.

BACA : Anak Pergi Dulu, Isteri Pula Menyusul Lepas Bertarung Nyawa Akibat Sesak Nafas

Hembus nafas terakhir tak sampai 1 hari dilahirkan

Menurut kapsyen yang ditulis, ibu bayi syurga tersebut mengalami tanda-tanda mahu bersalin dan dimasukkan ke pusat perubatan. Namun, wanita itu masih dalam keadaan sama walaupun sudah 3 hari berada di sana menyebabkan doktor memberinya ubat bagi memudahkan proses kelahiran. Disebabkan jantung bayi itu lemah, pihak mereka terpaksa melakukan operation demi menyelamatkan nyawanya.


‘Pergi’ Lepas Hampir 8 Jam Dilahirkan – Kisah Anak Syurga Ini Meruntun Jiwa

‘Pergi’ Lepas Hampir 8 Jam Dilahirkan – Kisah Anak Syurga Ini Meruntun Jiwa

Alami komplikasi jantung

Sejurus dilahirkan, bayi ini dalam keadaan normal dan sihat tapi ‘pergi’ selepas beberapa jam melihat dunia kerana mengalami masalah jantung. Permergian anak pertama suami isteri itu disahkan oleh doktor yang merawat. 

‘Pergi’ Lepas Hampir 8 Jam Dilahirkan – Kisah Anak Syurga Ini Meruntun Jiwa

Jasad diuruskan & dibawa pulang ke rumah

Pihak sukarelawan yang bertugas untuk menguruskan jasad anak kecil ini turut terkesan ketika menyempurnakannya selepas mendapat panggilan daripada waris terdekat. Kemudian dia dibawa pulang ke rumah yang terletak di Klang oleh bapanya.


‘Pergi’ Lepas Hampir 8 Jam Dilahirkan – Kisah Anak Syurga Ini Meruntun Jiwa

Keluarga meratapi kehilangannya cetus emosi

Sewaktu dikafankan juga, ahli keluarga bayi tersebut kelihatan meratapi anak syurga itu dalam tangisan terutama sekali ibunya. Wanita itu menggagahkan dirinya untuk melihat anaknya buat kali terakhir sehingga menggamit emosi.

‘Pergi’ Lepas Hampir 8 Jam Dilahirkan – Kisah Anak Syurga Ini Meruntun Jiwa

Ibu lihat dari jauh, bapa kelihatan sugul

Setibanya di tanah perkuburan, wanita itu hanya memerhatikan anak syurga dari jauh saja untuk dikebumikan. Suami isteri yang berasal dari Sabah itu memberi nama Hadiati kepada anak mereka dan terpahat di pusaranya. Tambah pengendali page ini lagi, mereka turut bersukur kerana telah menjalankan tugas yang diamanahkan dengan sempurna.


‘Pergi’ Lepas Hampir 8 Jam Dilahirkan – Kisah Anak Syurga Ini Meruntun Jiwa

‘Pergi’ Lepas Hampir 8 Jam Dilahirkan – Kisah Anak Syurga Ini Meruntun Jiwa

Sumber : FB Mr Wan Cai Official

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

‘Pergi’ Lepas Hampir 8 Jam Dilahirkan – Kisah Anak Syurga Ini Meruntun Jiwa

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram