Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Gaya Hidup

Pergi Honeymoon Tempat Mahal Antara 6 Punca Poket Bocor Selepas Kahwin

13th August 2019
in Gaya Hidup
Pergi Honeymoon Tempat Mahal Antara 6 Punca Poket Bocor Selepas Kahwin
585
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Setiap couple yang baru berkahwin tentu mempunyai cabaran untuk menstabilkan hidup daripada segi kewangan dan harta. Kadang-kadang, mereka ini mahukan kesenangan hidup tetapi terbahagi antara impian dengan keinginan untuk berseronok. Biasalah baru berkahwin, pelbagai perasaan bercampur-baur apalagi jika mereka itu berkahwin pada usia yang muda. Oleh itu, kita perlu mengetahui punca kehabisan duit untuk langkah-langkah pencegahan selepas berkahwin.

BACA: Tak Yakin Nak Cakap Dalam English? Cuba 4 Tips Berkesan Daripada Dr Amalina Ini

Pergi Honeymoon Tempat Mahal Antara 6 Punca Poket Bocor Selepas Kahwin
Gambar sekadar hiasan

Kewangan boleh menjadi punca terbesar berlakunya perpisahan. Oleh itu, sebagai orang yang akan atau telah berumah tangga, kita perlu mengelakkan semua perkara yang menyumbang kepada situasi ini. Menurut satu perkongsian di Twitter, terdapat 6 perkara yang lazimnya menjadi punca duit habis selepas berkahwin. 

Honeymoon tempat mahal

Semua couple mesti nak pergi berbulan madu ala-ala artis, bukan? Namun, elakkanlah memilih tempat yang terlalu mahal sehingga akhirnya kita sendiri kehabisan duit.

Pergi Honeymoon Tempat Mahal Antara 6 Punca Poket Bocor Selepas Kahwin
Gambar sekadar hiasan

Tiada duit simpanan selepas berkahwin

Perkara ini boleh terjadi disebabkan lelaki atau perempuan terlalu berhabisan wang untuk berkahwin tanpa memikirkan ‘back up money’ untuk kehidupan selepas kahwin. Tambahan pula, ada pula yang berfikir mereka boleh mengaut duit hasil ‘duit salam’ semasa majlis. 

Pergi Honeymoon Tempat Mahal Antara 6 Punca Poket Bocor Selepas Kahwin
Gambar sekadar hiasan

Suka banding dengan orang lain

Sikap tak mahu kalah dengan orang lain perlu dielakkan dalam kehidupan berumah tangga. Belajarlah untuk bersyukur dan hidup seadanya bersama orang yang tersayang.

Gopoh nak beli harta

Lelaki atau perempuan terlalu cepat nak hidup senang atau kaya. Misalnya, suami atau isteri tak ada toleransi untuk bersusah-susah dahulu. Contoh, suami atau isteri enggan berkongsi kereta dan menambah satu lagi kereta untuk kegunaan masing-masing.

Tidak mempunyai persefahaman dalam kewangan

Isteri nak macam ini tapi suami nak macam itu. Sikap macam ini memang menjadi punca kehabisan duit selepas berkahwin kerana tiada ketelusan dalam pengurusan wang. Sebaiknya, kedua-duanya berbincang dan mencari solusi. 

Tidak ada bajet bulanan

Suami atau isteri berkemungkinan tidak dapat membuat perbandingan bajet sebelum berkahwin dengan selepas berkahwin. Jika dahulu duit banyak habis untuk hiburan dan makan, selepas berkahwin suami atau isteri mestilah mengawal sedikit kewangan pada bahagian tertentu. 

Pergi Honeymoon Tempat Mahal Antara 6 Punca Poket Bocor Selepas Kahwin
Gambar sekadar hiasan

Sumber: Twitter Part 1 & Part 2

Tags: habis duithoneymoonkewangankongsimoney problempoket bocorpuncaTipsviral

Related Posts

Pergi Honeymoon Tempat Mahal Antara 6 Punca Poket Bocor Selepas Kahwin
Gaya Hidup

Anak Baru Berusia Kurang 5 Bulan, Bapa Tenang Bawa Pergi Hiking Tanpa Carrier

6th February 2023
Pergi Honeymoon Tempat Mahal Antara 6 Punca Poket Bocor Selepas Kahwin
Cinta & Perhubungan

Isu Poligami, Suami Aleeya Ulas – “Jika Tambah 2 3 Bini, Lintang Pukang Hidup”

1st February 2023
Pergi Honeymoon Tempat Mahal Antara 6 Punca Poket Bocor Selepas Kahwin
Cinta & Perhubungan

Sanggup Rampas Suami Orang, Pelajar Mata Duitan Nekad Goda Pensyarah Sendiri

27th January 2023
Pergi Honeymoon Tempat Mahal Antara 6 Punca Poket Bocor Selepas Kahwin
Gaya Hidup

Bising Buat Live Tiktok Sampai Ganggu Jiran, Wanita Terkejut Tiba-Tiba Dijerkah

26th January 2023
Pergi Honeymoon Tempat Mahal Antara 6 Punca Poket Bocor Selepas Kahwin
Berita Semasa

Kanak-Kanak Diherdik Ketika Menerima Rawatan, Doktor Disaran Menjaga Etika

6th January 2023
Next Post
Pergi Honeymoon Tempat Mahal Antara 6 Punca Poket Bocor Selepas Kahwin

"Tak Berkelip Pandang Kaabah" - Wany Hasrita Kongsi Pengalaman Sebak Tunai Haji

Zihaluv - Rania

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)