Utama Inspirasi Tak Yakin Nak Cakap Dalam English? Cuba 4 Tips Berkesan Daripada Dr...

Tak Yakin Nak Cakap Dalam English? Cuba 4 Tips Berkesan Daripada Dr Amalina Ini

Zaman kini, agak sukar sebenarnya untuk mendapatkan sebarang peluang pekerjaan kerana persaingan tidak dinafikan sangat tinggi. Oleh sebab itu, penguasaan lebih daripada 2 bahasa boleh menjadi kelebihan soft skiII yang amat bermakna bagi seseorang individu. Tapi, jika tidak mempunyai keyakinan yang tinggi selain dalam bahasa ibunda, maka anda seharusnya mempelajari teknik-teknik berkesan untuk menguasainya terlebih dahulu.

BACA: [VIDEO] Kepada Pelajar Universiti, Jangan Biasakan Diri Keluar Berdua-duaan..

Gambar sekadar hiasan

Walaupun grammar berterabur…yakin bercakap dalam Bahasa Inggeris




Menerusi satu tweet yang dibuat oleh Dr. Amalina Che Bakri sebelum ini, beliau pernah berkongsi rahsia kejayaan menjadi seorang pelajar yang mendapat keputusan cemerlang suatu ketika dahulu. Tips pertama dalam menguasai Bahasa Inggeris adalah sentiasa rajin berusaha. Walaupun orang di sekeliling memandang rendah dengan nada speaking anda, tapi selalulah yakin untuk bercakap dalam bahasa tersebut.

 

Guna media sosial sebagai tempat belajar menulis dalam English




Selain itu, doktor tempatan yang sekarang berpangkalan di United Kingdom (UK) ini turut menyarankan semua orang agar rajin menulis dalam Bahasa Inggeris, hatta di ruangan media sosial atau e-mel sekalipun. Nak lebih bagus, cari kawan pena dari luar negara dan sentiasa cuba berhubung dengan mereka.

Berlatih sambil dengar lagu atau tonton filem dalam Bahasa Inggeris




Walaupun cara ini nampak seperti senang kerana tanpa seorang guru pun, namun ianya sangat efektif. Kita boleh jumpa serta mempelajari maksud perkataan yang baru sambil menghiburkan diri!

Gambar sekadar hiasan

Sentiasa berlatih, berlatih & berlatih!




Sebenarnya belajar apa-apa bahasa sekalipun perlu diiringi dengan usaha yang sangat konsisten. Anda juga boleh bergaul dengan rakan-rakan yang sudah pun petah bercakap dalam Bahasa Inggeris agar mereka boleh menegur setiap salah silap yang anda nyatakan. Tapi jangan sampai terasa, takut jadi hal lain pula nanti. Selamat berjaya!

Sumber: Twitter AmalinaBakri




Artikel Popular