Setiap couple yang baru berkahwin tentu mempunyai cabaran untuk menstabilkan hidup daripada segi kewangan dan harta. Kadang-kadang, mereka ini mahukan kesenangan hidup tetapi terbahagi antara impian dengan keinginan untuk berseronok. Biasalah baru berkahwin, pelbagai perasaan bercampur-baur apalagi jika mereka itu berkahwin pada usia yang muda. Oleh itu, kita perlu mengetahui punca kehabisan duit untuk langkah-langkah pencegahan selepas berkahwin.
BACA:Â Tak Yakin Nak Cakap Dalam English? Cuba 4 Tips Berkesan Daripada Dr Amalina Ini
Kewangan boleh menjadi punca terbesar berlakunya perpisahan. Oleh itu, sebagai orang yang akan atau telah berumah tangga, kita perlu mengelakkan semua perkara yang menyumbang kepada situasi ini. Menurut satu perkongsian di Twitter, terdapat 6 perkara yang lazimnya menjadi punca duit habis selepas berkahwin.Â
Honeymoon tempat mahal
Semua couple mesti nak pergi berbulan madu ala-ala artis, bukan? Namun, elakkanlah memilih tempat yang terlalu mahal sehingga akhirnya kita sendiri kehabisan duit.
Tiada duit simpanan selepas berkahwin
Perkara ini boleh terjadi disebabkan lelaki atau perempuan terlalu berhabisan wang untuk berkahwin tanpa memikirkan ‘back up money’ untuk kehidupan selepas kahwin. Tambahan pula, ada pula yang berfikir mereka boleh mengaut duit hasil ‘duit salam’ semasa majlis.Â
Suka banding dengan orang lain
Sikap tak mahu kalah dengan orang lain perlu dielakkan dalam kehidupan berumah tangga. Belajarlah untuk bersyukur dan hidup seadanya bersama orang yang tersayang.
Gopoh nak beli harta
Lelaki atau perempuan terlalu cepat nak hidup senang atau kaya. Misalnya, suami atau isteri tak ada toleransi untuk bersusah-susah dahulu. Contoh, suami atau isteri enggan berkongsi kereta dan menambah satu lagi kereta untuk kegunaan masing-masing.
Tidak mempunyai persefahaman dalam kewangan
Isteri nak macam ini tapi suami nak macam itu. Sikap macam ini memang menjadi punca kehabisan duit selepas berkahwin kerana tiada ketelusan dalam pengurusan wang. Sebaiknya, kedua-duanya berbincang dan mencari solusi.Â
Tidak ada bajet bulanan
Suami atau isteri berkemungkinan tidak dapat membuat perbandingan bajet sebelum berkahwin dengan selepas berkahwin. Jika dahulu duit banyak habis untuk hiburan dan makan, selepas berkahwin suami atau isteri mestilah mengawal sedikit kewangan pada bahagian tertentu.Â