Artis Inspirasi

Pemergian Dicemburu Ramai, Rupanya Diam-Diam Sponsor Anak Yatim & Ustaz Ceramah

Pemergian Dicemburu Ramai, Rupanya Diam-Diam Sponsor Anak Yatim & Ustaz Ceramah

Sharing is caring!

Meskipun 5 hari telah berlalu, kehilangan ‘permata’ kesayangan ramai iaitu Abam Bocey masih lagi menjadi bualan oleh setiap lapisan masyarakat. Sering kali ada sahaja cerita yang sebak dan terpuji mengenai Allahyarham melewati segenap ruangan media sosial. Sekitar petang tadi pula, portal Malaysia Gazette telah berpeluang menziarahi kediamannya dan menemu ramah secara eksklusif Ali Puteh serta balu Allahyarham iaitu Siti Norhidayah Mohd Ali.

BACA: [VIDEO] Hamzah Dah Mula Tercari-Cari Ayah, Ralit Mata Tengok Video Lama Abam

Pemergian Dicemburu Ramai, Rupanya Diam-Diam Sponsor Anak Yatim & Ustaz Ceramah


Allahyarham rajin bantu anak yatim & belanja orang makan

Menurut Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak, terdapat banyak amalan terpuji yang dilakukan oleh Abam sepanjang hayatnya. Selain membahagiakan seisi ahli keluarganya, siapa sangka pelawak berusia 32 tahun itu sering berbakti kepada sebuah rumah anak yatim dan menganggap mereka sebagai adik-adiknya. Ujar Ali, perkara itu juga hanya diketahuinya selepas beberapa kali tolong untuk menyalurkan wang kepada pihak tersebut. Selain itu, Abam juga tidak lokek untuk belanja rakan-rakan serta para pengunjung makan setiap kali berkunjung ke mana-mana restoran di sebalik pengetahuan mereka.

Pemergian Dicemburu Ramai, Rupanya Diam-Diam Sponsor Anak Yatim & Ustaz Ceramah

Tampung dana seorang ustaz pergi ceramah & dakwah

Tak cukup dengan itu, Ali sendiri terkesima apabila mendapat panggilan daripada PU Azman beberapa hari lepas. Dengan nada sebak, pendakwah selebriti itu mendedahkan bahawa selama ini Abam lah menampung dana rakannya yang juga seorang ustaz untuk melakukan aktiviti dakwah di sekitar negeri Pahang. Tanpa ragu-ragu, bapa kepada Syed Uthman Hamzah itu akan terus menyalurkan bantuan setiap kali dimaklumkan oleh pendakwah tersebut. Dalam pada itu, dia juga memuji sikap Abam yang tidak suka mempamerkan setiap amalan kebajikannya kepada khalayak walaupun bergelar selebriti.


Sumber: YouTube MalaysiaGazette TV


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Pemergian Dicemburu Ramai, Rupanya Diam-Diam Sponsor Anak Yatim & Ustaz Ceramah

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram