Artis Berita Semasa Cinta & Perhubungan

[VIDEO] Hamzah Dah Mula Tercari-Cari Ayah, Ralit Mata Tengok Video Lama Abam

[VIDEO] Hamzah Dah Mula Tercari-Cari Ayah, Ralit Mata Tengok Video Lama Abam

Sharing is caring!

Diuji kehilangan orang tua pada usia yang sangat muda merupakan takdir yang sangat menyedihkan bagi seseorang. Itulah situasi yang dilalui oleh anak lelaki tunggal Allahyarham Abam Bocey iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey sejak Isnin lepas. Di kala kanak-kanak lain sedang bergembira di samping ibu bapa masing-masing, si kecil tersebut masih belum mengerti sebarang perkara yang terjadi di sekelilingnya termasuklah hakikat bahawa bapa tercinta sudah pergi buat selamanya.

BACA: [VIDEO] Gagal Tahan Sebak, Fad Sambut Hari Jadi Masa Tahlil Allahyarham Abam

[VIDEO] Hamzah Dah Mula Tercari-Cari Ayah, Ralit Mata Tengok Video Lama Abam

Anak dah mula tercari-cari ayahnya..

Memetik laporan Harian Metro, Ali Puteh mendedahkan bahawa kakak iparnya sudah tidak banyak bercakap susulan kehilangan pelawak itu sejak Isnin lagi. Dalam pada itu, bayi berusia 8 bulan lebih itu pula bagaikan sudah menyedari ketiadaan Abam Bocey serta berasa hairan apabila kediaman mereka sering diziarahi ramai tetamu yang rata-ratanya terdiri daripada ahli keluarga, kenalan rapat dan peminat Allahyarham.


“Sudah hari keempat (semalam), kakak ipar lebih banyak berdiam manakala anaknya juga tak meragam. Dia sama macam Abam yang banyak diam. Cuma dia sudah mulai tercari-cari sebab sampai sekarang rumah sentiasa dipenuhi orang menziarah dari pagi sampai malam. Mungkin dia pun hairan kenapa setiap hari ada ramai orang di rumah.”

[VIDEO] Hamzah Dah Mula Tercari-Cari Ayah, Ralit Mata Tengok Video Lama Abam

Fokus tengok video ayah

Sewaktu majlis tahlil, rata-rata tetamu juga sempat menghiburkan anak kecil tersebut. Antara yang paling mencuri tumpuan adalah gelagat Hamzah tatkala menonton video lama bapanya menerusi telefon pintar milik isteri Fad, iaitu Syaheera Rahman. Jika diperhatikan betul-betul, matanya sangat fokus menonton rakaman itu sambil dibelai oleh wanita berkenaan.

Daddy & mommy jaga Hamzah ye..

Terdahulu, Fad tidak sempat untuk menyaksikan detik-detik terakhir pemergian Allahyarham memandangkan keluarganya bercuti di Jepun. Sekembalinya ke tanah air, pelawak berusia 29 tahun itu terus menyuarakan hasrat untuk menjaga anak tunggal rakan baiknya itu selain menganggapnya seperti zuriat sendiri. Perkara itu juga disambut baik oleh isterinya yang sempat memuat naik beberapa posting di Insta Story sambil membahasakan diri sebagai Mommy.

[VIDEO] Hamzah Dah Mula Tercari-Cari Ayah, Ralit Mata Tengok Video Lama Abam


[VIDEO] Hamzah Dah Mula Tercari-Cari Ayah, Ralit Mata Tengok Video Lama Abam

Sumber: IG fadbocey, syaheeraarahman, abammamamiousHarian Metro


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Hamzah Dah Mula Tercari-Cari Ayah, Ralit Mata Tengok Video Lama Abam

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram