Cinta & Perhubungan

Kalau Dapat Lelaki Baik Hati Yang Mencintai Kita Seadanya, Terima Sajalah Dia

Kalau bercakap soal hati dan perasaan, orang yang pernah dikecewakan dalam percintaan pastinya sukar menerima insan lain dalam hidup mereka. Bukan sahaja trauma kerana hati dipermainkan begitu sahaja, mereka mungkin penat untuk memulakan segalanya dari awal. Namun perasaan itu tidak boleh dilayan terlalu lama kerana lambat-laun, kita sudah tentu menginginkan peneman istimewa untuk menghabiskan sisa hidup bersama.

BACA :Β Tak Kira Sebaik Atau Selama Mana Pun Bersahabat, Rasa Iri Hati Tetap Wujud Jua

Terima kekurangan diri kita seadanya

Tentu saja ada yang agak sukar menerima pengganti dalam hidup mereka. Maka lebih baik anda (khususnya orang wanita) mengambil tahu serba sedikit petunjuk utama lelaki yang serius dalam perhubungan. Melalui portal Baitul Jannah, antara petandanya adalah si dia boleh menerima diri kita seadanya tanpa mengira darjat serta membuktikan kesungguhan. Sekiranya bertemu teman sebegitu, mungkin peluang dan ruang harus diberikan agar dia dapat membuktikan kesungguhan untuk memiliki anda.

Advertisement

Tidak terhegeh-hegeh mengejar cinta lelaki

Mengambil contoh babak episod 22 daripada drama ‘Seadanya Aku’, watak Zureen dan Arsyid nampaknya terus menjadi perhatian netizen. Seperti yang diketahui, wanita tersebut akhirnya menemui jodoh selepas melalui kegagalan percintaan sebelum ini. Berbeza dengan Hadi, kali ini Zureen tidak terhegeh-hegeh mengejar cinta seorang lelaki memandangkan ‘Abang Sayur’ benar-benar menunjukkan kesungguhannya. Meskipun Zureen merupakan seorang wanita berjaya yang bekerja di bandar, namun dia menerima jejaka kampung itu seikhlas hati.

Advertisement

 

Menjengah ke ruangan komen juga, netizen sempat memuji dan mengakui gemar melihat babak lakonan Dayana Roza serta Shawal Osman tersebut. Selain itu, mereka turut menyifatkan seseorang itu harus menerima insan yang sudi menerima diri seadanya serta akur pada ketentuan jodoh.

Advertisement

Sumber : Instagram Dayana Roza

Advertisement
Advertisement

Youtube

Facebook

Telegram