Pekerja Mengelak Pulangkan Resit, Tak Sangka Bila Isi Minyak Ini Pula Yang Jadi

Rata-rata daripada kita seringkali menganggap helaian kertas resit hanyalah sekadar sampah yang akan dibuang selepas habis transaksi pembelian. Namun tahukah anda, kadangkala sikap peka terhadap kandungan yang ditunjukkan dalam resit boleh menyelamatkan diri daripada ditipu? Seperti pelik untuk didengar, namun demikianlah perkara yang menyelamatkan seorang gadis bernama Erah ini daripada menjadi sasaran si tangan panjang.

BACA : Bukan Pecah Masuk Saja, Habis Setiap Katil  Pintu Bilik Dicalit Minyak Dagu

Dia key in RM21.20 je…Nasib baik aku tengok

Advertisement

Kisah tentang hal berkenaan dikongsikan menerusi akaun Twitternya sendiri dan berjaya meraih ribuan retweet daripada netizen. Dia yang ketika itu pergi ke stesen minyak mula merasa curiga kerana pekerja di kaunter enggan menyerahkan resit pembayaran. Namun, dia berlalu pergi dan menyambung mengisi minyak seperti biasa. Saat itulah Erah mengetahui perkara ‘udang di sebalik batu’. Minyak yang diisi dalam kenderaannya tidak sama nilai dengan bayaran wang menerusi kaunter sebentar tadi.

Advertisement

Gambar sekadar hiasan

Siot betul la…Lepas ni kena beringat

Apabila dia kembali mempertikaikan masalah itu di kaunter, pekerja tersebut seolah-olah tergamam kerana ‘taktiknya’ sudah terbongkar. Mengambil ikhtibar daripada kejadian yang berlaku ini, Erah berpesan agar kita semua lebih peka dengan keadaan sekeliling supaya tidak terjerumus dalam situasi sama. Tidak pasti apakah tujuan sebenar pekerja itu nekad mencuri duit pelanggan, namun dia membantah keras perbuatan sedemikian rupa.

Advertisement

Sumber : Twitter Erahsoo

Advertisement

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement