Utama Gaya Hidup Try Macam2 Tetap Tak Boleh Move On? Ambil Moral Dari Kisah...

[VIDEO] Try Macam2 Tetap Tak Boleh Move On? Ambil Moral Dari Kisah Nabi Yaakub

Semua orang pasti pernah melalui detik yang menyedihkan dalam hidup. Contohnya, perpisahan, kehilangan atau kekecewaan yang memberi kesan yang mendalam dalam hidup seseorang. Benar, setiap perkara yang telah hilang itu akan berganti, namun ianya tidak mungkin sama. Sebagai manusia biasa, kita harus melatih diri untuk reda dan bersabar dengan ketentuanNya. Bercakap memang mudah, bukan? Namun, percayalah tiada perkara yang mustahil. 

BACA: Gaduh Kejap, Cepat Je Berbaik Ini Antara 7 Sign Si Dia Adalah Jodoh Anda

Baru-baru ini, ikon media sosial, Mohd Hazalif atau Alif Teega telah berkongsi satu sedutan video daripada sesi soal jawab yang dibuat dengan pengikutnya di Instagram. Seorang follower ini telah mengajukan soalan tentang cara yang terbaik untuk move on daripada masa lampau dan ini respon balas daripada Instafamous tersebut.

Kita merancang, Allah pun merancang

Apabila kita meletakkan pengharapan yang tinggi terhadap sesuatu, sememangnya sukar untuk kita move on. Itulah hakikat yang perlu diterima oleh setiap manusia. Menurut Alif, semua orang merancang dan Allah juga merancang, namun sebaik-baik perancangan adalah daripada Allah SWT. 

Ambil pedoman kisah Nabi Yaakub A.S

Dia juga telah mengambil contoh daripada kisah Nabi Yaakub dalam peristiwa kehilangan anak Nabi Yusuf. Biarpun sedih dan kecewa dengan berita tersebut, namun Baginda masih meletakkan pengharapan pada Allah SWT. Akhirnya, Nabi Yaakub dipertemukan juga dengan Nabi Yusuf ketika menjadi pembesar di Mesir. 




Sumber: Instagram Alif Teega

Artikel Popular