Cinta & Perhubungan Viral

2 Tahun Tunjuk Effort, Pemuda Terkedu Girlfriend Diam-Diam ‘Pasang’ Pakwe Lain

Kalau berbicara mengenai percintaan, orang perempuan sangat mementingkan effort yang bakal ditunjukkan oleh teman istimewa masing-masing. Bagi mereka, ia merupakan penanda aras bagi mengukur tahap kesungguhan seseorang lelaki itu dalam perhubungan mereka. Namun begitu, tidak semua perempuan mampu menghargai semua penat lelah tersebut. Bahkan setelah lama menjalinkan hubungan, ia boleh musnah dalam sekelip mata.

BACA : 7 Tahun Bercinta Akhirnya Terputus, Azab Nak Move On Sampai 3 Tahun Lamanya

Saya dah ada orang lain, awak jangan beriya sangat

Beralih pula kepada kisah seorang pemuda ini di Twitternya, ternyata dia menghadapi nasib sama dalam perhubungan. Setelah berpenat-lelah menunjukkan kesungguhan, buah hatinya itu mula mengakui sesuatu yang cukup merobek jiwa menerusi mesej di aplikasi WhatsApp. Bukan sahaja mendedahkan sudah beralih hati kepada orang lain, malahan gadis ini menyifatkan kebaikan yang ditunjukkan lelaki tersebut selama ini membuatkan dia terasa jahat.

Advertisement

Gambar sekadar hiasan

Ini yang aku dapat…Menyesal pun takde guna

Lebih mengejutkan, rupanya dia sudah berbulan-bulan bermain kayu tiga sebelum mendedahkan segalanya. Melihat kepada perbualan ini juga, lelaki tersebut benar-benar terkedu dan sukar mempercayai bahawa dirinya sudah dikhianati secara diam-diam. Walaupun pernah mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena, namun dia tetap mempercayai gadis ini atas dasar sayang. Malangnya ini pula balasan yang diterima.

Advertisement

Gambar sekadar hiasan

Orang macam ni tak layak untuk kita yang setia

Di ruangan komen pula, netizen turut bersimpati dengan nasib pemuda berkenaan selain meluahkan geram masing-masing. Namun mereka sempat memberikan kata-kata semangat dan berharap dia menemui jodoh lebih baik kelak.

Advertisement
Gambar sekadar hiasan

Sumber : Twitter shahhhhh7

Advertisement

Add Comment

Click here to post a comment

Youtube

Facebook

Telegram