[VIDEO] Suami Isteri Buat TikTok Sweet, Netizen Pula Yang Rasa Nak Kahwin Cepat

Kalau menyebut mengenai aplikasi TikTok, ramai juga netizen agak kurang senang memandangkan banyak video cringe anak-anak muda yang sering dimuat naik. Perkara itu sedikit sebanyak membuatkan netizen agak skeptikal dengan video-video yang terus berlegar di laman sosial. Namun tidak bagi sepasang suami isteri ini apabila rakaman sweet ala TikTok mereka menjadi viral di laman Twitter semenjak semalam.

BACA : Beria Buat Tarian Kepala Ular Di TikTok, Pemuda Tak Sedar Member Dah Pedajal

Kacau bini bersiap nak pergi wedding

Sehingga kini, rakaman sepanjang 27 saat berkenaan sudah meraih lebih 14,000 jumlah retweet dan nyatanya berjaya mencuri perhatian netizen. Menurut lelaki bernama @akmalhizzat ini, ketika itu mereka sedang bersiap untuk bertandang ke sebuah majlis perkahwinan sebelum sempat membuat video comel tersebut.

Advertisement

Advertisement

Menari bersama dengan tarian cute

Menggunakan lagu berjudul ‘Roxanne’ yang mana sangat popular di kalangan pengguna TikTok, Akmal mula mengajak isterinya ke hadapan skrin telefon sebelum mula menari bersama. Meskipun gerak tari yang dibuat oleh mereka begitu simple sekali, namun adegan di mana isteri Akmal memeluk dari belakang seakan menambahkan kemanisan dalam video pendek ini. 

Tersenyum sorang-sorang tengok video ni

Selain memuji kecomelan suami isteri tersebut menari bersama, mata netizen juga tertumpu kepada kecantikan yang dimiliki oleh wanita berkenaan. Bahkan selepas melihat rakaman ini sehingga tamat, netizen yang single khususnya sempat berseloroh di ruangan komen untuk cepat-cepat berkahwin.

Advertisement

Sumber : Twitter Akmal Hizzat

Advertisement