Berita Semasa

Merangkak & Lumpuh Dari Pinggang Ke Kaki, Sebak Lihat Lelaki Ini Cari Rezeki

Merangkak & Lumpuh Dari Pinggang Ke Kaki, Sebak Lihat Lelaki Ini Cari Rezeki
Rasaflix

Sharing is caring!

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah ungkapan yang biasa meniti di bibir apabila kita melihat keadaan orang yang kurang bernasib baik. Biarpun semua orang menghadapi cabaran yang berbeza dalam hidup, tetapi kegigihan lelaki ini mencari rezeki dalam keadaan dia yang serba kekurangan telah mengundang sebak orang ramai. Semuanya gara-gara beberapa keping foto seorang lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) ini ditularkan oleh seorang pengguna Facebook. 

BACA: Doktor Dah Suruh Bawa Balik – Adik Daniel Hidap Barah Di Wajah Kini Tenat

Seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama akaun Suid Abdul telah berkongsi foto lelaki OKU itu sedang menjaja minyak di sebuah kawasan pantai di Kedah. Dalam paparan tersebut, lelaki tersebut kelihatannya begitu naif mencari sesuap nasi dengan keadaannnya yang lumpuh hampir separuh badan. 

Merangkak & Lumpuh Dari Pinggang Ke Kaki, Sebak Lihat Lelaki Ini Cari Rezeki

Lumpuh dari pinggang ke kaki

Menurut pengguna Facebook itu di bahagian komen, dia menjelaskan bahawa lelaki berkenaan menghidapi kegagalan anggota atau lumpuh di bahagian pinggang hingga ke kaki. Lagi menyentuh perasaan kerana dalam keadaannya begitu, dia menguatkan semangat untuk berpanas menjual minyak angin demi mencari rezeki halal. 

Merangkak & Lumpuh Dari Pinggang Ke Kaki, Sebak Lihat Lelaki Ini Cari Rezeki Merangkak & Lumpuh Dari Pinggang Ke Kaki, Sebak Lihat Lelaki Ini Cari Rezeki

Tumpang jiran dari Jitra ke Yan

Menurut info daripada pengunjung pantai tersebut, lelaki itu sebenarnya tinggal di Jitra, Kedah. Dia datang ke pantai berkenaan dengan menumpang jiran semata-mata untuk mencari rezeki di situ. Sesudah berniaga, jirannya akan datang membawa dia pulang.


Merangkak & Lumpuh Dari Pinggang Ke Kaki, Sebak Lihat Lelaki Ini Cari Rezeki

Bantulah..

Perkongsian tersebut telah menyentuh perasaan pemilik serta beberapa pengikut di laman Facebook berkenaan. Ternyata, kegigihan lelaki itu mencari rezeki mengundang rasa simpati membuatkan pemilik akaun tersebut menyeru agar pengunjung menghulurkan bantuan kepada lelaki berstatus OKU itu jika berkunjung ke pantai berkenaan. 

Merangkak & Lumpuh Dari Pinggang Ke Kaki, Sebak Lihat Lelaki Ini Cari Rezeki

Sumber: Facebook Suid Abdul

Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura

Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.

Merangkak & Lumpuh Dari Pinggang Ke Kaki, Sebak Lihat Lelaki Ini Cari Rezeki

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram