Utama Hiburan Demam Sweet Dreams Menjadi2, Sampai Pikat Mira Filzah Pun Guna Isyarat!

[VIDEO] Demam Sweet Dreams Menjadi2, Sampai Pikat Mira Filzah Pun Guna Isyarat!

Drama hebat bertajuk Sweet Dreams arahan Michael Ang kini menjadi bualan bagi peminat drama tempatan. Seperti semua sedia maklum, drama ini telah menampilkan barisan pelakon muda dan diminati ramai iaitu Mira Filzah yang membawakan watak sebagai seorang gadis bisu. Watak itu ternyata begitu memberi kesan sehingga Eric Fuzi dalam sebuah program televisyen lalu menggunakannya sebagai modal untuk permainan ‘pickupline‘.

BACA:Β Nama Trending Di Twitter, Netizen Puji Cara Alif Satar Cover Sindiran Mark Adam

Dalam program terbitan Astro berjudul CCTV, Mira Filzah, Ben Amir, Sean Lee serta kumpulan yang popular dengan lagu ‘Zalikha’ iaitu Floor 88 telah dijemput sebagai artis undangan. Dalam segmen yang diberi nama Sentap, artis-artis ini telah ‘belanja’ ayat masing-masing untuk memikat pelakon Mira Filzah tapi cara pemain keyboard kumpulan Floor 88 ini antara yang paling menjadi perhatian.Β 

Pickupline Bahasa Isyarat

Dalam segmen itu, Eric Fuzi telah menggunakan bahasa isyarat untuk mengorat pelakon jelita Mira Filzah. Eric nampaknya berjaya meniru salah satu bahasa isyarat yang pernah dilakonkan oleh Mira. Perkara itu telah membuatkan satu set CCTV tampak meriah gara-gara ‘pickupline’ Eric yang bersahaja.

“Awak percaya saya jodoh awak, jadi saya percaya..”

Empat kali aku ulang tengok. Kelakarlah..

Di bahagian komen, rata-rata penonton rancangan tersebut berasa terhibur dengan gelagat semua artis lelaki yang cuba memberikan ayat yang paling manis untuk memikat artis wanita tersebut. Biarpun ia hanyalah sekadar hiburan, tetapi ternyata penangan drama Sweet Dreams telah mencetuskan fenomena.Β 




Sumber: IG Alif Farhan & Youtube

Artikel Popular