Utama Berita Semasa Mengigau Banyak Kali Panggil Sebelum Tidur, Anak Yatim Ini Terlalu Rindu Ibunya

Mengigau Banyak Kali Panggil Sebelum Tidur, Anak Yatim Ini Terlalu Rindu Ibunya

Baru-baru ini, sepasang suami isteri dikenali sebagai Lans Koperal Muhammad Syakiran Shamsuddin dan Nurul Ashikin Kamaruddin telah menemui ajal apabila motosikal ditunggang oleh mereka telah merempuh belakang sebuah lori ketika dalam perjalanan ke tempat kerja. Biarpun kehilangan itu sekali gus menjadikan anak tunggal mereka iaitu Muhammad Arfan Ziqri yatim piatu, namun Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memastikan kebajikan anak kecil tersebut terjaga.

BACA : Ditemui Tertangkup Tak Bernyawa Di Rumah, Rupanya Guru Ini Ada Masalah Jantung

Mengigau panggil ibunya kerana terlalu rindu

Menerusi laporan berita Harian Metro pula, kanak-kanak berusia hampir 2 tahun ini banyak kali memanggil ibunya pada malam tadi sebelum tidur dek kerana telalu rindu. Perkara itu diberitahu sendiri oleh neneknya, Fauziah Dollah juga ibu kepada Allahyarhamah Nurul Ashikin.

Kredit Foto : Metro

Arfan tercari-cari ibu & abinya, tidak ceria

Selepas kejadian tersebut, dia dan suami, Kamaruddin Harun akan menjaga cucu mereka memandangkan Arfan sudah rapat dengan mereka sekeluarga. Apa yang lebih sayu, anak kecil itu seperti tercari-cari kelibat ibu dan ayahnya serta kelihatan tidak ceria.




Kredit Foto : Metro

Kerap pulang ke kampung bila cuti

Jelas wanita berusia 63 tahun ini lagi, anak menantunya selalu balik ke kampung apabila mereka cuti dan tidak ada apa-apa perubahan yang ditunjukkan ketika pulang pada bulan lalu. Begitu jugalah sewaktu mereka berbual melalui telefon, tidak ada pesanan yang ditinggalkan oleh anak keempat daripada lima orang adik-beradik itu.

Sumber : Harian Metro

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI