Bagi pengguna media sosial pasti pernah menonton video masakan daripada YouTuber terkenal dunia yang dikenali sebagai ‘Grandpa Kitchen’ atau pemilik nama Narayana Reddy. Kelincahan warga emas berusia 73 tahun ini ketika memasak hidangan untuk sejumlah anak-anak yatim tentu sekali mengujakan ramai. Ditambah pula dia memasak di luar rumah dengan menggunakan kayu api kelihatan santai dan bersahaja.
BACA :Â Pernah Obese & Muntahkan Makanan, Haze Akui Ada Masalah Kekalkan Berat Badan
Masak dengan banyak, rasa dulu sebelum diagihkan
Malah dia turut memasak pelbagai jenis makanan sambil dibantu oleh beberapa orang lain dalam kuantiti yang banyak sebelum diberikan kepada kanak-kanak tersebut. Sebelum ia diagihkan juga, Narayana akan merasainya terlebih dahulu supaya menghasilkan makanan hanya yang terbaik.
Bersemadilah dengan aman Grandpa Kitchen
Namun, kelincahannya ketika beraksi di dapur kini tidak lagi dapat dipertontonkan kerana warga emas itu dikhabarkan telah menghembuskan nafas terakhir beberapa hari lalu. Berita sedih itu dikongsikan oleh seorang pengendali akaun Twitter yang bernama @YellowwishCheese.
Grandpa from Grandpa's kitchen is dead. He was the most wholesome man on all of youtube, making large meals which he shared with orphans in his community. Been following him for a long time, and I cant really put into words how painful this is for me.
Rest in Peace pic.twitter.com/ULgDPAUQD6
— Yellow Cheese (@YellowishCheese) October 30, 2019
Perjalanan terakhir Grandpa yang menyentuh hati
Dalam pada itu, laman YouTube miliknya turut berkongsi video yang memaparkan warga emas ini bagi memperingati segala kebaikan dan perjalanannya dalam menyediakan makanan buat anak-anak yatim.
Aku sedih, selalu layan channel ni sebelum tidur..
Pemergian tukang masak terkenal ini telah mengejutkan ramai pihak dan turut ditangisi di seluruh dunia termasuklah netizen Malaysia lalu membanjiri ruang komen di laman Facebook.
Sumber : Twitter YellowishCheese , YouTube Grandpa Kitchen , Facebook