Utama Gaya Hidup Member Asyik Tak Free? Pemuda Ini Kongsi Pengalaman Ke 'Overseas' Seorang Diri

Member Asyik Tak Free? Pemuda Ini Kongsi Pengalaman Ke ‘Overseas’ Seorang Diri

Siapa yang tidak suka melancong, bukan? Biasanya, travel ini akan menjadi lebih menyeronokkan kalau kita dapat membawa satu keluarga, rakan-rakan atau teman istimewa pergi bersama. Bagaimanapun, sekarang nampaknya semakin ramai yang berani dan terbuka untuk melancong seorang diri. Samalah seperti seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama akaun @ashraffjunior ini. Dia telah berkongsi pengalamannya merentasi beberapa buah negara secara solo. 

BACA: Dulu Penoreh Getah, Belajar Setakat Darjah 4.. Demi Cucu Mak Terbang Ke Jerman

Menurut lelaki ini, dia telah menjelajah ke tiga buah negara seperti Korea, Jepun dan Thailand. Biarpun bersendirian, namun dia menyatakan terdapat beberapa kelebihan travel secara solo. 

1. Jadual perjalanan yang fleksibel

Melancong secara solo membuat seseorang itu bebas untuk menentukan masa perjalanan tanpa terikat dengan mana-mana individu. Tambahan lagi, dia juga boleh membuat tempahan penerbangan pada bila-bila masa dengan kemampuan bajet sendiri.




2. Peluang untuk berjumpa kenalan baru 

Dia turut berkongsi pengalaman berjumpa dengan ramai pelancong lain. Ini kerana apabila dia melancong seorang diri, perbualan tidak hanya tertumpu pada kawan-kawan yang dikenali sahaja.3. Fikiran jadi lebih terbuka

Bila berseorangan lelaki ini belajar untuk berdikari dan menghargai keindahan. Biarpun pernah berasa bosan tetapi di sinilah dia belajar untuk menghiburkan diri sendiri.4. Boleh terokai destinasi mengikut citarasa

Misalnya, dia yang berseorangan bebas untuk menentukan lokasi travel dan aktiviti yang mahu dilakukan. Tak perlulah dia mengikut haluan orang lain dan menyekat kebebasan sendiri.5. Kemahiran berbahasa




Travel secara solo melatihnya untuk bercakap dengan ramai penduduk berlainan budaya. Logiknya jika seseorang tidak mampu berkomunikasi dengan baik, bagaimana dia mahu survive di negara orang?6. Pengalaman baru

Dia turut berkongsi dapat mengutip lebih banyak pengalaman yang rare dan di luar jangkaan apabila menjelajah negara orang secara bersendirian. Meskipun terdedah dengan pelbagai risiko tetapi pengalaman inilah yang menjadikan pelancongannya lebih bermakna.

Sumber: Twitter AshraffJunior




Artikel Popular