Utama Inspirasi Dulu Penoreh Getah, Belajar Setakat Darjah 4.. Demi Cucu Mak Terbang Ke...

Dulu Penoreh Getah, Belajar Setakat Darjah 4.. Demi Cucu Mak Terbang Ke Jerman

Jauh perjalanan, luas permandangan. Namun, bukan semua orang mempunyai peluang untuk menerokai kehidupan seperti itu atas faktor kesusahan dan bebanan hidup. Begitulah situasi yang menggambarkan kehidupan seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama akaun Khairul Abdullah. Menceritakan detik kesusahan yang pernah dihadapi oleh ibunya suatu ketika dahulu dan transformasi hidup ibunya sekarang benar-benar memberi inspirasi buat pengikut dan pembaca media sosial. 

BACA: Sudah Jelajah 9 Negara, Ibu Bijak Ini Kongsi Panduan Melancong Dengan Baby!

Berkongsi sisi sedih yang pernah dilalui oleh ibunya, Khairul memberitahu wanita yang kini berusia 67 tahun merupakan insan yang diuji dengan pelbagai kesusahan sejak kecil.




Mak cuma orang kampung yang belajar sampai darjah 4

Menurutnya, ibunya datang daripada keluarga yang tinggal di kawasan kampung malah tidak berpelajaran tinggi. Hanya tahu membuat pekerjaan kampung seperti menoreh getah, dia mendedahkan ibunya jarang keluar kemana-mana sepanjang hayatnya. Lebih menyedihkan, keadaan rumahnya suatu ketika dahulu pernah dimasuki oleh banyak binatang yang berbisa. 

Naik pesawat seorang diri untuk lihat cucu

Namun, segalanya dilihat berubah pada tahun 2014 apabila dia meminta ibunya yang hanya fasih berbahasa melayu itu untuk datang ke negara Jerman melihat cucu yang baru dilahirkan. Dengan persetujuan ibunya, Khairul pun ‘terbangkan’ wanita itu ke negara tersebut. Menariknya, sudahlah seorang diri dan tidak tahu berbahasa lain tetapi ibu ini ternyata selamat mendarat ke Frankfurt, Germany.

Hari itu buat pertama kalinya mak lihat dunia

Sebagai anak, Khairul berasa terharu kerana perkara itu telah menjadi satu detik yang bersejarah buat ibunya yang pertama kali melihat dunia luar apalagi merentas benua yang berbeza. 




Berulang alik naik airport

Sejak daripada itu, ibu kepada lelaki ini sering menaiki kapal terbang untuk melihat cucu-cucunya. Tambahan lagi, wanita itu juga sudah pandai membiasakan diri dan acapkali terbang ke mana-mana destinasi pilihan. 

Ternyata kisah ini telah memberi inspirasi kepada ramai orang. Mana tidaknya, wanita yang dahulunya susah kini menjadi wanita yang aktif menjelajah dunia berkat kegigihannya membesarkan anak-anak. 

Sungguh menarik kisah ibu tuan

Moga makcik dipanjangkan usia

Sumber: OhMyMedia & Facebook Khairul Abdullah




Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI