Tips

“Memadai Ikut Sunnah”-Wanita Jangan Rakus ‘Mencuri’ Wang Hantaran Pihak Lelaki

“Memadai Ikut Sunnah”-Wanita Jangan Rakus ‘Mencuri’ Wang Hantaran Pihak Lelaki

Sharing is caring!

Apabila sudah lama menjalinkan percintaan, sesiapa sahaja pasti mengharapkan ikatan itu berakhir dengan perkahwinan. Namun hendak melangsungkan sebuah majlis bukannya mudah kerana sudah tentu perlu melaburkan jumlah wang yang banyak. Disebabkan itu, ramai yang terpaksa menangguhkan hasrat mereka untuk membina mahligai perkahwinan apabila wang simpanan masih belum mencukupi. Setelah bersusah payah pihak lelaki mengumpulkan wang hantaran, duit itu pula telah habis dibelanjakan untuk membuat majlis besar-besaran. Oleh itu, seorang lelaki sempat berkongsi cara pengurusan wang hantaran yang mungkin boleh dilakukan oleh keluarga pengantin perempuan. 

BACA: Tak Dosa Pun Buat Biasa-Biasa-Ini Dia 10 Tips Berguna Buat Wedding Ikut Bajet


“Memadai Ikut Sunnah”-Wanita Jangan Rakus ‘Mencuri’ Wang Hantaran Pihak Lelaki
Gambar sekadar hiasan

Tidak patut mencuri duit hantaran

Menerusi laman Facebook saudara Azizul Azli, dia menyenaraikan kaedah untuk mengelakkan keluarga pengantin perempuan daripada membelanjakan semua wang berkenaan. Wang hantaran tidak sepatutnya menjadi beban untuk diuruskan oleh pihak lelaki sahaja kerena sebenarnya pihak ayah kepada wanita pun boleh menyumbang sama sebagai tanda kesyukuran. Kesederhanaan dalam membuat persediaan hari bahagia adalah penting supaya selari dengan apa yang disarankan dalam agama. 

“Memadai Ikut Sunnah”-Wanita Jangan Rakus ‘Mencuri’ Wang Hantaran Pihak Lelaki

“Memadai Ikut Sunnah”-Wanita Jangan Rakus ‘Mencuri’ Wang Hantaran Pihak Lelaki
Gambar sekadar hiasan

Rasa hormat jadi luar biasa

Bagi bapa pengantin perempuan yang kurang berkemampuan, tidak salah untuk menggunakan wang itu namun haruslah berpada-pada. Bahkan dedah Azizul lagi dalam perkongsian ini, dia pernah melihat situasi di sebuah negeri Pantai Timur di mana ada pihak ayah yang memulangkan balik wang hantaran kepada pengantin. Sifat tolak ansur itu membuatkan pengantin lelaki lebih menghargai isteri dan bapa mertua.


“Memadai Ikut Sunnah”-Wanita Jangan Rakus ‘Mencuri’ Wang Hantaran Pihak Lelaki

Mereka himpun duit sampai nak terkeluar biji mata

Tegas Azizul lagi, penat lelah lelaki untuk mengumpul duit akan jadi sia-sia jika dibazirkan dalam masa sehari sahaja. Lebih malang lagi sekiranya sumber wang hantaran itu datang daripada pinjaman. Sedangkan sepatutnya wang itu lebih baik dilaburkan untuk membeli  aset bagi membina kehidupan berumah tangga yang lebih sempurna.


“Memadai Ikut Sunnah”-Wanita Jangan Rakus ‘Mencuri’ Wang Hantaran Pihak Lelaki

“Memadai Ikut Sunnah”-Wanita Jangan Rakus ‘Mencuri’ Wang Hantaran Pihak Lelaki
Gambar sekadar hiasan

Sumber: Facebook Azizul Azli Ahmad

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

“Memadai Ikut Sunnah”-Wanita Jangan Rakus ‘Mencuri’ Wang Hantaran Pihak Lelaki

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram