Utama Cinta & Perhubungan Lebih 2 Bulan Beranak, Syafiqah Aina & Hafiz Dedah Cemas Tengok Kepala...

Lebih 2 Bulan Beranak, Syafiqah Aina & Hafiz Dedah Cemas Tengok Kepala Baby

Selebriti media sosial dan usahawan ini pernah viral satu ketika dahulu kerana video hari jadinya menaiki limousin mewah dan hadiah kereta Honda yang diberi oleh suaminya, Hafiz Mahamad. Pada Disember yang lalu, Syafiqah Aina telah memberi khabar gembira tentang kehamilannya. Alhamdulillah selepas itu, dia telah selamat menimang cahaya mata pertama bernama Raisya Arisya pada 24 Jun yang lalu dan tidak lokek untuk menceritakan detik yang paling bermakna dalam hidupnya itu.

BACA: Throwback Gambar Dengan Family, Yana Samsudin Dedah Cerita Rupanya Mak Dia..

Benarlah, detik melahirkan anak itu sememangnya paling mencabar buat seorang isteri. Namun dalam video Youtube milik mereka, Hafiz memberitahu dia turut terkena tempias ketika menemani isteri di dalam bilik persalinan. 

Hafiz tak sanggup tengok penderitaan isteri

Hafiz memberitahu dia sampai dicakar oleh Aina ketika isterinya itu menunggu waktu untuk bersalin. Tambahan lagi, Aina juga terpaksa menunggu pembukaan sehingga 10 cm memandangkan itu adalah anak pertama mereka, malah dia juga sempat menyanyi untuk menghilangkan rasa contraction. 

Masa Aina push, saya dah nampak kepala baby tapi dia masuk balik. Saya dah nampak rambut, kemudiannya baby masuk balik sebab tekanan dia meneran tak mencukupi. 




Hafiz berkongsi Aina mengalami sedikit kesukaran untuk melahirkan bayi pertama mereka. Aina tidak mempunyai kekuatan yang mencukupi untuk meneran keluar bayi tersebut sehingga doktor terpaksa menggunakan kaedah vakum untuk mengeluarkannya. Itulah saat paling mengerikan untuk Hafiz sebagai suami yang berada di sisi isteri ketika itu. 

Kepala baby lonjong

Hafiz dan Aina turut berkongsi senario selepas bayi mereka berjaya disedut keluar melalui vakum. Mereka terkejut selepas itu apabila melihat keadaan kepala bayi mereka menjadi lonjong dan ada bekas vakum. Bagaimanapun, mereka berdua menarik nafas lega setelah mendapati kepala bayi mereka sudah kembali normal selepas empat hari. 

Sumber: Youtube, IG Syafiqah Aina & Hafiz Mahamad




Artikel Popular