Lakonan Psiko Buat Penonton Geram, Rupanya Watak Emi Hidap Kesan ‘Hysterectomy’

Menggandingkan barisan pelakon hebat, nampaknya drama ‘Cemburu Seorang Perempuan’ yang diarahkan oleh Eyra Rahman menerima feedback positif daripada penonton. Mana tidaknya, setiap episod drama ini nampaknya disampaikan dengan begitu baik kerana seringkali memberikan impak kepada emosi ramai. Selain gandingan suami isteri iaitu Amar Baharin (Zikri) serta Amyra Rosli (Dhia), lakonan Emma Maembong sebagai Emilia turut membuat ramai naik angin.

BACA : [VIDEO] Scene Bengkak Susu Paling Lucu, Gandingan Amar-Amyra Dipuji Penonton

Semua dah takde makna…Sampai hati you tipu i

Advertisement

Bagi peminat setia drama ini sejak episod awal, kalian pasti menyedari bahawa watak Emilia digambarkan sebagai wanita yang baik. Malangnya selepas dia mengalami sebuah nahas jalan raya gara-gara terlihat Zikri dan Dhia keluar bersama, personalitinya mula berubah menjadi wanita yang agak psiko. Bukan sahaja kehilangan anak kedua yang sedang dikandung, malahan tragedi tersebut memaksa rahimnya terpaksa dibuang. 

View this post on Instagram

Advertisement

apa jadi dengan emi? korang kene tgok episode 2 hari ini di astro ria 7PM ! #cemburuseorangperempuan #emaNizers #EmmaMaembong @emanizers

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on

Advertisement

Rahim tidak dapat diselamatkan lagi

Dalam istilah perubatan, situasi yang dialami oleh Emi sebenarnya lebih dikenali sebagai ‘histerektomi’ iaitu pembuangan rahim menerusi kaedah operation. Menurut laporan daripada portal Happily Ever After Wedding, negara Amerika Syarikat ada merekodkan bahawa sebanyak 600,000 operation telah dibuat dalam masa setahun. Ia adalah prosedur perubatan yang paling banyak dilakukan dalam bidang ginekologi. Pembuangan tersebut hanya dilakukan apabila rahim berada dalam keadaan yang tidak dapat diselamatkan lagi meskipun sudah melalui pelbagai rawatan.

Kredit Foto : My Doc Asia

Emi terumbang ambing emosinya…

Advertisement

Selain itu juga, histerektomi perlu dijalankan apabila seseorang wanita itu berhadapan dengan situasi seperti peranakan jatuh, kanser, pertumbuhan fibroid, senggugut dan haid tidak menentu. Mengambil penjelasan daripada Dr. R Juhaidah Blog pula, proses tersebut menyebabkan wanita tidak boleh hamil lagi memandangkan organ reproduksi sudah tiada. Bukan sahaja  daripada segi fizikal, malahan turut mempengaruhi kesihatan mental. 

Advertisement

Organ penting dah takde…Buang rahim bukan benda remeh

Advertisement

Info tentang masalah itu turut ditambah oleh seorang individu dengan akaun Instagram @elaina_nayleen. Dedahnya, gangguan emosi adalah fasa biasa buat wanita yang kehilangan rahim. Jadi, tidak hairanlah apabila watak Emi digambarkan dengan sikap sedemikian rupa. Sudahlah terpaksa menerima hakikat bahawa dirinya tidak mampu hamil lagi, kini dia termakan pula dengan agendanya sendiri apabila Zikri dilihat bertambah sayang kepada madunya itu.

Sumber : Bambam Studious, Emma Maembong, Alam Hamil Blog , Docdoc, Happily Ever After Wedding

Advertisement

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement