Suka Sedondonkan Anak-Anak, Zizie Izette Tak Kisah Beli Baju RM10 Asalkan Kemas

Bagi pengikut setia laman Instagram pelakon Datin Seri Zizie Izette, pasti menyedari bahawa dia gemar memadankan anak-anaknya dengan pakaian yang sedondon apabila keluar. Meskipun begitu, style 5 orang anaknya kelihatan kemas dan comel-comel belaka. Ditambah pula, kakak kepada pelakon Shaheizy Sam ini kerap memuat naik fotonya bersama ahli keluarga di entri tersebut.

BACA : [VIDEO] Padah Lupa Bilik Ada CCTV, Syatilla Kantoikan Sam Buat Aksi Aneh

Advertisement

Saya akan beli baju RM10 kalau cantik

Mungkin perkara itu tidak disukai oleh sesetengah pihak, namun Zizie lebih memilih untuk bersederhana dalam pemakaian anak-anaknya tapi ia tetap kelihatan kemas. Perkara tersebut dikongsikan sendiri olehnya di IG berserta kapsyen yang panjang. Menurutnya, dia akan membeli baju yang berharga RM10 sekiranya ia kelihatan cantik. 

Advertisement

Tanggungjawab dah besar & anak-anak ramai

Advertisement

Tambah pelakon berusia 40 tahun ini, anak-anak cepat membesar dan ekonomi negara pula kurang baik. Jadi, dia memilih untuk berjimat dan menggunakan wang yang ada bagi persekolahan mereka pada masa akan datang. 

Saya setuju 100%..biar kaya janji nampak biasa-biasa

Advertisement

Pengakuan Zizie itu telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada para netizen apabila rata-rata mereka bersetuju dengan apa yang diperkatakannya. Tambahan pula, caranya yang tidak pernah membanding-bandingkan kesemua anak. Malah mereka turut memuji sikapnya yang sentiasa merendah diri biarpun mempunyai title ‘Datin’.

Advertisement

Sumber : IG Zizie Izzette

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement
Advertisement