Utama Artis Kongsi Video Anniversary, Suami Amyza Aznan Kini Lumpuh Akibat Angin Ahmar

Kongsi Video Anniversary, Suami Amyza Aznan Kini Lumpuh Akibat Angin Ahmar

Nama pelakon dan pengacara Amyza Aznan sudah lama menapak dalam industri hiburan. Bagi yang mengikuti perkembangannya di laman media sosial pasti sedar bahawa dia jarang sekali berkongsi foto bersama suaminya, Khairil Idzhar Mohd Nazir. Terbaru, Amyza ini telah memuat naik video bersama suami di laman Instagram sempena ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-16 tahun.

BACA : “Tak Sangka Inilah Wajah Isteri Saya” – Wish Birthday Hairul Buat Hanis Sweet!

Even you dah lumpuh, kasih sayang setia I tak lumpuh..

Menurut kapsyen yang ditulis, difahamkan suaminya itu mengalami masalah kesihatan kerana angin ahmar menyebabkan dia lumpuh. Malah, pelakon drama ‘Kariah Cak Pong’ tersebut turut meminta maaf kepada beberapa pihak terutama sekali berkaitan kerja kerana mahu memberi fokus kepada kesihatan suaminya yang kurang sihat.

View this post on Instagram

kak kaaia minta maaf kepada semua clients yg kak kaaia buat emcee for dinner,event,wedding and also to productions,bukan tak nak share all my activities tu kat instagram,and bukan pilih bulu,tetapi sebenarnya skrg ni ada lagi penting untuk kak kaaia focus,iaitu my husband,dia stroke. inshallah ..one fine day i will share keje2 emcee and shooting tu . ❤❤❤ Happy anniversary suami ku sayang, semoga allah pegang hati ini untuk tidak berpaling,untuk tidak lelah menjaga,memanja,menyayangi,mencintai b. walaupon b stroke,doa love tetap b suami dan ayah kepada anak2 love di dunia dan sehingga ke jannah nanti. dan…. terima kasih untuk lagu nyanyian baby . ni lagu masa kita bercinta kannnn. tq nyanyi kan lagu and record lagu ni for me. ❤




A post shared by KAAIA (@amyzaaznankaaia) on

 

Walaupun B stroke, B tetap suami & ayah kepada anak-anak love

Dalam pada itu, Amyza turut menitipkan doa agar Allah SWT sentiasa menguatkan hatinya supaya tidak berpaling untuk menjaga, bermanja dan menyayangi suami tersayangnya itu. Amyza dan Khairil Idzhar telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2004 serta dikurniakan 3 orang cahaya mata.

Allahuakhbar..semoga dipermudahkan..cuba buat bekam sis

Pendedahan Amyza itu ternyata telah mengejutkan para pengikutnya lalu membanjiri komen mereka di entri tersebut. Malah ada juga di antara mereka yang mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan dan mengutarakan pelbagai ikhtiar untuk memulihkan keadaan suaminya.




Sumber : IG Amyza Aznan

Artikel Popular