Mendirikan rumah tangga dengan Faris Khairol Anuar pada Januari 2019, aktres ini sedang meniti hari kelahiran anak pertamanya yang berbaki beberapa bulan sahaja lagi. Umum mengetahui bahawa wanita mengandung ini mempunyai banyak ragam dan kerenah. Terbaharu, Elfira Loy telah dijemput menjadi tetamu undangan dalam rancangan temu bual Trek Selebriti. Dalam rancangan tersebut, dia telah diberi cabaran oleh hos untuk ‘prank’ si suami dengan mengucapkan perkara yang tidak masuk akal.
BACA: [VIDEO] Busy Dengan Phone Tapi Bila Suami Datang, Reaksi Isterinya Cute Habis!
Seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama akaun @AzlilAdzif telah berkongsi kembali sedutan babak apabila Elfira disuruh oleh pengacara, Alif Farhan untuk menghubungi suaminya dan memberitahu bahawa dia kononnya mengidam untuk menelan sabun. Bagaimanapun, reaksi balas suaminya telah menjadikan suasana bertambah lucu.
Husband Elfira being real by letting her makan sabun 🤣 also dia rengsek ye bini asyik complain kat mak dia 🤭 pic.twitter.com/iiNGh1jlmg
— aLeL 🍊 (@AzlilAdzif) September 14, 2019
Suami Elfira bagi je dia makan sabun 🤣
Dalam video tersebut, Faris kelihatan seperti enggan melayan permintaan yang bukan-bukan daripada isterinya itu. Mungkin sudah mengetahui muslihat pelakon tersebut, si suami hanya menyokong isterinya berbuat sedemikian.
“Keje asyik complain dekat mama je”
Namun, lain pula ceritanya bila Elfira menyuruh suaminya itu memakai jersi pasukan bola sepak, Manchester United. Selaku peminat setia Liverpool, Faris enggan kalah dalam perkara tersebut. Bagaimanapun, dia akhirnya terpaksa mengalah apabila Elfira mahu mengadu hal itu kepada ibunya.
Video tersebut telah membuatkan ramai netizen membanjiri ruangan komen. Rata-ratanya berasa lucu dan agak terkejut dengan reaksi balas si suami kepada Elfira Loy. Keseluruhannya, video tersebut telah mendapat lebih 4 ribu retweets dan lebih 4 ribu likes setakat ini.
Sebenarnya Elfira nak acah suami dia caring
Sumber: Twitter AzlilAdzif