Utama Viral Kecewa Crush Reject, Pemuda Nekad Slim Tapi Kawan Pula Tuduh Ambil ‘Barang’

Kecewa Crush Reject, Pemuda Nekad Slim Tapi Kawan Pula Tuduh Ambil ‘Barang’

Setiap orang mempunyai motivasi yang tersendiri untuk mengekalkan bentuk badan ideal. Selain menjaga pemakanan, pengalaman perit juga kadangkala menjadi pendorong untuk mereka kuatkan semangat. Seperti perkongsian seorang pemilik akaun Twitter bernama Muhammad Faris Izzuddin Zolkipli apabila thread yang ditulis mengenai amalan dietnya menjadi viral dan meraih hampir 12,000 retweets daripada para netizen.

BACA : Sumbat 50 Pakaian & Kasut Dalam Satu Beg, Netizen Minta Gadis Ini Kongsi Rahsia

Confess kat crush lepastu kena reject kaw-kaw

Menerusi portal mStar, Muhammad Faris tidak lokek bercerita lanjut sebab dia nekad berbuat demikian. Semuanya bermula apabila dia pernah kena ‘reject’ oleh gadis yang diminatinya gara-gara berbadan gempal. Sejak dari itu, dia nekad untuk slim dengan mengamalkan diet sihat bermula Disember tahun lalu sehingga berjaya menurunkan berat badan daripada 109 kilogram (kg) kepada 73kg dalam jangka masa lima bulan.

Pernah give up makanan tak sedap

Dedah remaja berusia 19 tahun ini, dia mengakui bahawa bukan mudah untuk mengharungi fasa diet tersebut. Malah dia pernah berputus asa kerana selera makan mula berubah. Sebelum ini, dia dapat merasai pelbagai makanan yang sedap sehingga berat badan naik mendadak.

Advertisement




Kredit Foto : mStar

Ibu paling banyak membantu, sedia makanan sihat

Dalam pada itu, dia tetap bersyukur kerana ibunya antara orang yang paling banyak membantu sepanjang proses tersebut berlaku termasuklah dalam penyediaan makanan sihat. Wanita itu juga akan menghalangnya daripada membeli makanan segera.

Kredit Foto : mStar

Kawan pertikai niat, tuduh ambil ‘barang’

Tambah anak jati Kedah ini lagi, dia terpaksa mengamalkan diet tersebut secara rahsia tanpa pengetahuan rakan-rakannya kerana mereka pernah mempertikaikan niatnya. Malah mereka turut menuduhnya mengambil ‘bahan terlarang’ kerana tiba-tiba saja penampilannya bertukar slim.

Segan pergi gim, joging sejauh 4 kilometer

Perkara itu membuatkan dia rasa tidak selesa untuk melakukan senaman di gimnasium. Disebabkan itu juga, dia akan joging sejauh 4 kilometer pada setiap hari. Faris turut memberikan kata-kata semangat kepada masyarakat yang mempunyai masalah sama seperti dirinya.

Advertisement




Sumber : Twitter fariezolkipli_ , mStar

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement