Berita Semasa Viral

Dulu UPSR 2B 2C Je, Kini Ada Title PhD – Perkongsian Kisah Ini Cetus Inspirasi

Dulu UPSR 2B 2C Je, Kini Ada Title PhD – Perkongsian Kisah Ini Cetus Inspirasi

Sharing is caring!

Gagal sekali tidak bermakna gagal buat selamanya. Kadangkala kegagalan itulah mengajar seseorang itu untuk bangkit dan terus maju ke hadapan tanpa menoleh lagi. Itulah yang dapat digambarkan dengan perkongsian kisah seorang pemilik akaun Facebook bernama Azman Azid mengenai keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang hanya meraih 2A 2B dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Gred 2 saja. 

BACA : Graduan UUM Raih Anugerah Pelajaran Diraja Sampai Neelofa Cari Nak Bagi Hadiah

Sambung diploma & kini dah genggam PhD

Kemudian beliau menyambung pengajian ke peringkat diploma di Institut Teknologi Mara (ITM) dalam jurusan Mikrobilogi. Berbekalkan semangat untuk mengubah kehidupan ahli keluarganya, Dr Azman menyambung pula pengajian sehingga ke peringkat PhD yang dilakukannya secara sambilan biarpun masih berkerja.


Kongsi kisah untuk beri inspirasi

Menerusi laporan Harian Metro, Dr Azman memberitahu bahawa kisah hidupnya itu adalah untuk memberi inspirasi kepada para ibu bapa dan pelajar yang tidak mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Dalam masa yang sama, ia bertujuan untuk memberi kesedaran pada ibu bapa meskipun anak mereka tidak cemerlang dalam pelajaran tapi perkara itu bukanlah penentu kejayaan pada masa akan datang. Hal ini kerana perjalanan mereka masih jauh lagi.

Ada rakan risau anaknya tak dapat keputusan cemerlang

Tambah Pengarah Pusat Pengurusan Makmal Berpusat UniSZA ini, coretan kisah hidupnya itu dikongsikan di platform media sosial selepas seorang daripada rakannya memaklumkan tentang kerisauan terhadap anaknya kerana tidak mendapat semua A dalam UPSR pada Khamis lalu.


Dulu UPSR 2B 2C Je, Kini Ada Title PhD – Perkongsian Kisah Ini Cetus Inspirasi

Sentiasa cabar diri supaya dapat beri kesenangan

Jelasnya Dr Azman lagi, beliau sentiasa mencabar diri supaya menjadi sesuatu yang dapat memberikan kesenangan kepada keluarga dan juga masyarakat. Malah sewaktu menyambung PhD di UniSZA, ibu bapa dan isterinya banyak berk0rban menanggung keluarga.

Dulu UPSR 2B 2C Je, Kini Ada Title PhD – Perkongsian Kisah Ini Cetus Inspirasi

Kepada ibu bapa, jangan bersedih..

Dalam pada itu, Dr Azman berhasrat menulis semula kisah hidupnya untuk dibukukan sebagai peransang kepada ibu bapa dan pelajar pada masa yang akan datang. Beliau juga memberikan kata-kata semangat kepada pelajar supaya tidak terus mengalah sekiranya tidak mendapat keputusan cemerlang.


Dulu UPSR 2B 2C Je, Kini Ada Title PhD – Perkongsian Kisah Ini Cetus Inspirasi

Sumber : FB Azman Azid , Harian Metro

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Dulu UPSR 2B 2C Je, Kini Ada Title PhD – Perkongsian Kisah Ini Cetus Inspirasi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram