Sudah menjadi lumrah dalam hidup berjiran, kita begitu prihatin dengan apa yang terjadi di sekitar kediaman masing-masing khususnya melibatkan urusan keselamatan. Rata-rata perumahan zaman kini mempunyai organisasi rukun tetangga untuk memantau keselamatan demi mengurangkan risiko kejadian tidak diingini. Baru-baru ini juga, seorang lelaki bernama Kamal Adha sempat berkongsikan kisah yang berlaku di sekitar perumahannya dan nyata mendapat perhatian netizen.
BACA :Â [VIDEO] Scene Bengkak Susu Paling Lucu, Gandingan Amar-Amyra Dipuji Penonton
Sekarang dah berhenti bunyi tu
Kejadian aneh yang berlaku pada 3 November lalu di kediaman berkenaan sebenarnya bermula apabila mereka semua mendengar bunyi bising sekitar jam 2.30 pagi. Melihat kepada paparan perbualan group WhatsApp perumahan mereka, semuanya tertanya-tanya apakah bunyi bising yang kedengaran itu. Bukan mereka sahaja, malahan kita juga mungkin akan mempunyai perasaan sama jika berada dalam situasi berkenaan.
Kecoh dalam group WhatsApp jiran…Ingatkan hantu dan pencuri
Bukan sahaja membuat andaian pencuri sedang pecah masuk rumah, malahan ada yang beranggapan bunyi itu adalah gangguan daripada makhluk halus. Kedengaran lucu, tapi demikianlah yang berlaku kerana mereka sedang berada dalam ketakutan di tengah malam. Namun ternyata, semua andaian tersebut salah belaka dan hal itu didedahkan oleh Kamal sendiri. Rupanya kebisingan tersebut sebenarnya berpunca daripada kepala shower yang diketuk ke dinding bilik air.
Kalau jenis percaya, habis dipanggil bomoh dan ustaz
Difahamkan juga, lelaki ini ketika itu bergegas untuk membersihkan diri memandangkan dia baru saja pulang dari Terengganu. Namun tanpa disangka, kerosakan shower berkenaan boleh menimbulkan ketakutan kepada jirannya pula. Mengetahui perkara tersebut, rata-rata netizen begitu terhibur dan sempat berseloroh di ruang komen.
Sumber : Twitter Kamal Adha