Utama Cinta & Perhubungan Konsep 'Susah Senang Bersama' Tak Boleh Pakai, Lelaki Boleh 'Blah' Macam Tu...

Konsep ‘Susah Senang Bersama’ Tak Boleh Pakai, Lelaki Boleh ‘Blah’ Macam Tu Je

Kepercayaan dan kesanggupan mengorbankan apa saja merupakan asas dalam sesebuah perhubungan cinta. Tanpa 2 perkara tersebut, berkemungkinan percintaan akan berhadapan dengan pelbagai konflik serius sehingga gagal diselamatkan lagi. Namun begitu, pengorbanan juga perlu berlangsung secara 2 hala. Jika hanya satu pihak yang beriya-iya, maka sesebuah perhubungan bakal menjadi beban dan tidak akan kekal lama. 

BACA : Jiran Panik Di WhatsApp Sebab Rumah Bising Jam 2 Pagi, Bila Tahu Rupanya

Gambar sekadar hiasan

Lelaki boleh tinggal aku bila-bila masa sahaja

Bercakap tentang hal berkenaan, seorang gadis dengan akaun Twitter @hazidajimmy sempat juga berkongsikan pendapatnya sendiri. Nampaknya, dia tidak bersetuju dengan terma ‘susah senang bersama’ yang sering dipegang oleh ramai orang sekarang untuk memastikan hubungan percintaan mereka bertahan. Memandangkan lelaki boleh pergi begitu sahaja apabila mereka sudah berubah hati, faktor berkenaan membuatkan dirinya enggan terlalu bergantung harap.




Gambar sekadar hiasan

Kau salahkan nikmat sebuah penarikan sebab kau belum nampak kesannya

Kata gadis ini lagi, semua yang terjadi di dalam perhubungan sudah ditentukan oleh Allah SWT dan sebagai insan bergelar hamba, kita seharusnya menerima dengan reda tanpa mempertikaikannya. Meskipun kehilangan teman istimewa boleh menjadi hal yang sangat menyakitkan, Hazida beranggapan akan ada sinar baru sebagai hikmah bagi segala perpisahan yang terjadi dalam hidup ini. Paling penting sekali, usahlah meletakkan salah kepada Tuhan Yang Maha Esa sedangkan kesalahan tersebut berpunca daripada khilaf diri sendiri.

Gambar sekadar hiasan

Sumber : Twitter Mermaid

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI