Utama Gaya Hidup Jangan Minum Teh Selepas Makan.. Ia Tergolong Dalam Rutin2 Yang Memudaratkan

Jangan Minum Teh Selepas Makan.. Ia Tergolong Dalam Rutin2 Yang Memudaratkan

Kesihatan diri merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai harganya. Disebabkan itu, penjagaan kesihatan diri adalah amat penting dan perlu diberikan perhatian secara optimum. Kita sedia maklum yang banyak cara untuk menjaga kesihatan misalnya mengamalkan gaya hidup sihat, bersenam dan membuat pemeriksaan doktor secara berkala. Namun, itu semua belum mencukupi selagi anda tidak berjaga-jaga dengan aktiviti anda selepas makan.

BACA: Ketuk, Tunggu 10 Minit, Tambah 2 Bahan Ini.. InsyaAllah, Terhindar Dari Barah!

Gambar sekadar hiasan

Menurut perkongsian daripada beberapa sumber terpilih, tanpa kita sedar sebenarnya banyak rutin selepas makan yang boleh menyebabkan komplikasi kepada tubuh badan. Oleh itu, mari kita ikuti perkongsian tentang enam rutin yang perlu dielakkan selepas makan. 




Minum teh selepas makan

Teh mengandungi bahan fenol yang menggangu penyerapan zat besi dalam tubuh badan. Oleh itu, meminum teh selepas makan boleh mengurangkan zat besi dan bahan ‘katekin’ yang berfungsi sebagai antioksida. Dalam hal ini, kita disarankan untuk meminum teh sekurang-kurangnya sejam selepas makan atau menggantikan teh tersebut dengan teh herba dan teh hijau yang jauh lebih berkhasiat. 

Gambar sekadar hiasan

Mer0k0k

Perkara ini sering dilazimi oleh golongan lelaki sejurus selesai makan. Namun, jangan tak percaya sebenarnya perkara ini menjadi penyumbang kepada masalah pedih ulu hati dan gangguan hati. Bukan itu sahaja, ia juga boleh menyebabkan jangkitan bakteria akibat kegatalan atau ulser pada dinding usus.




Makan buah

Fakta ini nampak pelik, bukan? Mana tidaknya, buah merupakan sumber vitamin dan serat yang paling efektif untuk tubuh badan. Namun, memakan buah-buahan sejurus selepas makan boleh mengganggu sistem penghadaman. Seeloknya, ambil buah sebelum makan makanan berat atau 30 minit selepas makan.

Gambar sekadar hiasan

Mandi

Proses penghadaman terjadi akibat tenaga dan blood flow ke seluruh anggota badan termasuklah perut dan usus. Oleh itu, mandi selepas makan dikhuatiri boleh menggangu sistem penghadaman kerana blood mungkin tidak sampai ke perut. 




Berjalan-jalan

Biasa kita dengar selepas makan, kita digalakkan untuk berjalan supaya makanan cepat hadam tetapi fakta ini ternyata belum cukup kukuh. Berjalan-jalan selepas makan boleh menyebabkan ‘refluks asid’ dimana asid di bahagian perut naik ke saluran esofagus. 

Berus Gigi

Memberus gigi selepas makan adalah bagus tetapi kita digalakkan untuk menunggu 30 minit terlebih dahulu. Mengambil rujukan daripada Mayo Clinin, makanan berasid seperti buah-buahan sitrus boleh melemahkan enamel gigi seterusnya menyebabkan gigi anda mudah terhakis.

Gambar sekadar hiasan

Sumber: siakapkeli, lifealth




Artikel Popular