Viral

Jalan Kaki Johor-Terengganu Demi Anak, Pak Guard Hidap COVID-19 Temui Ajal

Jalan Kaki Johor-Terengganu Demi Anak, Pak Guard Hidap COVID-19 Temui Ajal

Sharing is caring!

Berikutan kelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang membolehkan orang ramai melakukan perjalanan rentas negeri, seorang lelaki tekad pulang bersendirian ke kampung halaman dengan berjalan kaki beratus kilometer dari Johor ke Terengganu. Malangnya hajat tersebut tidak kesampaian apabila dia ditemui kaku tak bernyawa di tepi jalan di Muadzam Shah, semalam.

BACA : Suami Ajal Lepas Hidap COVID-19, Balu & 6 Anak Kini Buntu Fikir Masa Hadapan

Terlalu rindukan anak di kampung..

Lebih meruntun hati apabila Allahyarham yang berusia 30 tahun itu disahkan positif jangkitan COVID-19. Keputusan tersebut diketahui selepas ujian saringan semasa post-mortem dijalankan ke atasnya. Difahamkan, pengawal keselamatan itu terlalu rindukan anak serta keluarganya di kampung selepas sekian lama terpisah sejak PKP dikuatkuasakan pada Mac lalu.


Jalan Kaki Johor-Terengganu Demi Anak, Pak Guard Hidap COVID-19 Temui Ajal

Jalan Kaki Johor-Terengganu Demi Anak, Pak Guard Hidap COVID-19 Temui Ajal
Gambar Sekadar Hiasan

Keluarga tak mampu tanggung kos pengebumian..

Manakala menurut Pengerusi Eksekutif SPJ Malaysia Ustaz Rafie Zainal, waris kepada lelaki berkenaan ada meminta bantuan pihak berkuasa untuk mengesan kedudukan Allahyarham selepas gagal dihubungi kerana bimbang akan keselamatan dirinya. Selain  itu, pihaknya turut dimaklumkan bahawa keluarga tersebut tidak mampu untuk menanggung kos pengebumian Allahyarham sebanyak RM1,500.


Jalan Kaki Johor-Terengganu Demi Anak, Pak Guard Hidap COVID-19 Temui Ajal

Jalan Kaki Johor-Terengganu Demi Anak, Pak Guard Hidap COVID-19 Temui Ajal

Jalan Kaki Johor-Terengganu Demi Anak, Pak Guard Hidap COVID-19 Temui Ajal
Kredit Foto : SPJ Malaysia

Jalan Kaki Johor-Terengganu Demi Anak, Pak Guard Hidap COVID-19 Temui Ajal
Kredit Foto : SPJ Malaysia

Proses pengebumi mengikuti SOP pengendalian jasad penghidap COVID-19

Mengenangkan kesempitan yang dialami, pihaknya kemudian membantu menguruskan pengebumian Allahyarham termasuklah membeli keranda khas serta menempah pusara mengikut prosedur operasi standard (SOP) pengendalian jasad penghidap COVID-19. Bagaimanapun, perkhabaran duka ini turut dikongsi menerusi satu posting di laman Facebook SKJ Malaysia semalam.

Jalan Kaki Johor-Terengganu Demi Anak, Pak Guard Hidap COVID-19 Temui Ajal

Jalan Kaki Johor-Terengganu Demi Anak, Pak Guard Hidap COVID-19 Temui Ajal

Jalan Kaki Johor-Terengganu Demi Anak, Pak Guard Hidap COVID-19 Temui Ajal
Kredit Foto : SPJ Malaysia

Sumber : Berita Harian, Facebook SPJ Malaysia


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Jalan Kaki Johor-Terengganu Demi Anak, Pak Guard Hidap COVID-19 Temui Ajal

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram