Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Viral

Terpaksa Ulang Buat Video Assignment, Gadis Geram Ayam Jiran Asyik Menyampuk

14th May 2020
in Viral
Terpaksa Ulang Buat Video Assignment, Gadis Geram Ayam Jiran Asyik Menyampuk
586
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, golongan pelajar tetap perlu menghadiri kelas dan menghantar tugasan secara online. Tidak dinafikan, menyiapkan tugasan di rumah bukanlah suatu hal yang mudah. Pelbagai dugaan terpaksa diharungi oleh mereka demi menyediakan hasil kerja terbaik.

BACA: Takkan Minta Maaf Wartawan Dedah Rakaman Ustaz Abu Jawab Tentang Isu Ebit Lew

Sekali dua okey lagi…terpaksa ulang rakaman

Baru-baru ini, seorang gadis jadi tumpuan di Twitter apabila berkongsi paparan dirinya yang terpaksa berdepan gangguan tatkala menyiapkan tugasan video. Menurut Muslina Mahazir, perkara itu tak dapat dikawal olehnya kerana berpunca daripada ayam ternakan milik jirannya.

Terpaksa Ulang Buat Video Assignment, Gadis Geram Ayam Jiran Asyik Menyampuk

Terpaksa Ulang Buat Video Assignment, Gadis Geram Ayam Jiran Asyik Menyampuk

Terpaksa Ulang Buat Video Assignment, Gadis Geram Ayam Jiran Asyik Menyampuk

Asal sebut mesti nak menyampuk…ayam anxiety & depression rasanya

Menerusi klip video berdurasi 29 saat tersebut, dia terpaksa hentikan rakaman setiap kali haiwan tersebut berkokok. Sepanjang percubaan itu, Muslina turut kelihatan beristighfar apabila tidak tahan dengan gangguan terbabit dan perlu mulakan dari awal kembali. Seolah-olah menyampuk tiap kali rakaman dibuat, gadis ini sempat berseloroh bahawa ternakan jirannya itu mungkin sedang mengalami masalah jiwa atau tekanan perasaan.

https://twitter.com/i/status/1260500855305928704

Memang banyak suara latar…tahap sabar kena tinggi

Siapa sangka, posting tersebut telah mendapat lebih 8 ribu retweets setakat ini. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan ayam tersebut seperti ‘mengajak’ gadis ini untuk bergurau. Di samping itu, ada juga yang turut mengakui berdepan situasi sama ketika menyiapkan assignment masing-masing.

Terpaksa Ulang Buat Video Assignment, Gadis Geram Ayam Jiran Asyik Menyampuk Terpaksa Ulang Buat Video Assignment, Gadis Geram Ayam Jiran Asyik Menyampuk Terpaksa Ulang Buat Video Assignment, Gadis Geram Ayam Jiran Asyik Menyampuk

Sumber: Twitter Muslina Mahazir

Tags: ayamgadismenyampukrakamulang
Next Post
Terpaksa Ulang Buat Video Assignment, Gadis Geram Ayam Jiran Asyik Menyampuk

Ayah Tengah Dikebumi, Tapi Saudara Sibuk Mengumpat Anak Sebab Bawa Kereta Lama

Smartphone Terbaik dengan RAM Besar & Storan Luas

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)