Viral

Suami Ajal Lepas Hidap COVID-19, Balu & 6 Anak Kini Buntu Fikir Masa Hadapan

Suami Ajal Lepas Hidap COVID-19, Balu & 6 Anak Kini Buntu Fikir Masa Hadapan

Sharing is caring!

Ramadan yang bakal tiba minggu depan tidak lagi seceria dahulu buat ibu tunggal Noradilah Rani dan enam anaknya apabila kehilangan suami yang sentiasa menjadi tulang belakang keluarga. Meskipun sebelum ini hidup dalam keadaan serba sederhana, namun fikiran wanita yang kini berstatus balu itu menjadi buntu selepas semua berubah sekelip mata.

BACA : Konon Disantau, Penghidap COVID-19 Pilih Berubat Dengan Dukun AkhirnyaPergi

Suami merupakan individu ke-178 dijangkiti pendemik COVID-19

Siapa sangka pada 17 Mac lalu, suaminya iaitu Mohammad Yusof Harun akhirnya pergi dijemput Ilahi selepas disahkan positif wabak COVID-19. Merupakan individu ke-178 dijangkiti pendemik wabak itu, Allahyarham Mohammad Yusof selamat dikebumikan di Jalan Surau kampung berkenaan. Terdahulu, Allahyarham disahkan positif pada 13 Mac selepas menghadiri perhimpunan tabligh yang diadakan di ibu kota.


Suami Ajal Lepas Hidap COVID-19, Balu & 6 Anak Kini Buntu Fikir Masa Hadapan

Suami Ajal Lepas Hidap COVID-19, Balu & 6 Anak Kini Buntu Fikir Masa Hadapan
Kredit Foto : Berita Harian
Suami Ajal Lepas Hidap COVID-19, Balu & 6 Anak Kini Buntu Fikir Masa Hadapan
Gambar Sekadar Hiasan

Tangisan 6 anak mengiringi pemergian bapa..

Hanya tangisan enam anak yang masih kecil berumur antara lapan bulan hingga 11 tahun mengiringi pemergian Allahyarham Mohammad Yusof. Sementara itu, Noradilah mengakui reda dengan pemergian suaminya selain berharap agar diberikan ketabahan dalam membesarkan enam anaknya. Akuinya lagi saat dimaklumkan bahawa suaminya disahkan positif wabak berkenaan, dia seakan-akan putus harapan dan bersedih mengenangkan nasib yang bakal menimpa keluarganya di masa hadapan.

Suami Ajal Lepas Hidap COVID-19, Balu & 6 Anak Kini Buntu Fikir Masa Hadapan

Suami Ajal Lepas Hidap COVID-19, Balu & 6 Anak Kini Buntu Fikir Masa Hadapan
Kredit Foto : Berita Harian

Balu mahu tunaikan hasrat Allahyarham..

Lebih menghibakan apabila empat anaknya turut dijangkiti wabak berkenaan dan terpaksa kuarantin pada tarikh sama Allahyarham dimasukkan ke sebuah pusat perubatan tersebut di Johor. Namun bersyukur kesemua mereka ditempatkan di bilik isolasi yang sama. Bagaimanapun selepas 16 hari dirawat, empat-empat mereka disahkan negatif pendemik berkenaan. Ujarnya setelah Allahyarham pergi, mereka sekeluarga berhadapan masalah kewangan kerana suaminya tidak mempunyai pendapat tetap dan hanya melakukan kerja kimpalan besi di bengkel sendiri secara kecil-kecilan.


Suami Ajal Lepas Hidap COVID-19, Balu & 6 Anak Kini Buntu Fikir Masa Hadapan

Suami Ajal Lepas Hidap COVID-19, Balu & 6 Anak Kini Buntu Fikir Masa Hadapan

Sumber : Berita Harian


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Suami Ajal Lepas Hidap COVID-19, Balu & 6 Anak Kini Buntu Fikir Masa Hadapan

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram