Cinta & Perhubungan

Biar Orang Kata Isteri Tak Membantu, Buat Hanya Bila Suami Tak Mampu

Melayari bahtera perkahwinan bukanlah sesuatu perkara yang mudah seperti sangkaan ramai. Selain daripada perlu menempuhi kehidupan bersama, masing-masing harus memikul tanggungjawab yang cukup berat terutamanya buat para suami selaku ketua keluarga. Namun malangnya, tidak semua suami berfikiran sedemikian lebih-lebih lagi apabila sudah mempunyai isteri yang berdikari dalam segala hal. Oleh itu, seorang wanita baru-baru ini telah berkongsi lebih lanjut mengenai isu tersebut. 

BACA: [VIDEO] Suami Buat 3 Kerja, Baju Dia RM9 Takpe Asalkan Makan Pakai Bini Cukup

Buat hanya bila suami tak mampu

Advertisement

Menerusi posting oleh saudari Farizal Radzali di laman Facebook, dia mengatakan bahawa pernah menerima sebuah pesanan bermakna daripada seorang warga emas ini. Katanya, orang wanita tidak digalakkan mengambil alih tugas suami dalam rumah tangga atas sebab tertentu. Kemudian, dia hanya memahami apa yang dimaksudkan oleh individu itu setelah dirinya sudah melalui alam perkahwinan. 

Gambar sekadar hiasan

Suami adalah untuk disusahkan

Advertisement

Farizal Radzali juga mengatakan oleh kerana sikap wanita masa kini yang terlalu berdikari, ada suami bermegah-megah dengan orang lain mengenai kebolehan isterinya. Sedangkan mereka tidak sedar bahawa sebenarnya semua tugas yang dilakukan oleh isteri adalah sepatutnya menjadi tanggungjawab suami. Kesannya, masalah akan timbul dan semakin dirasai apabila bilangan ahli keluarga sudah bertambah. 

Gambar sekadar hiasan

Yang perlu dimanjakan adalah isteri, bukan suami..

Advertisement

Lebih memeritkan lagi, sesetengah suami yang sudah terbiasa dengan keadaan itu mula melepaskan tanggungjawab rumah tangga kepada isteri secara sepenuhnya. Justeru, wanita ini sempat mengingatkan kepada para isteri bahawa tidak salah untuk meringankan beban suami, namun haruslah berpada-pada. Hakikatnya, isteri yang perlu dimanjakan oleh suami dan bukanlah sebaliknya. 

Gambar sekadar hiasan

Sumber: Facebook Farizal Radzali

Advertisement
Advertisement

Add Comment

Click here to post a comment

Youtube

Facebook

Telegram