Utama Berita Semasa Hilang Hak Penjagaan & Jumpa Sebulan Sekali, Adik Harap Keluarga Abang Bersatu

Hilang Hak Penjagaan & Jumpa Sebulan Sekali, Adik Harap Keluarga Abang Bersatu

Memetik laporan Harian Metro, adik kepada sepasang suami isteri bernama Hairi Muhamad dan Norliha Khamis yang ditahan di Norway iaitu Hasrol Muhamad berharap agar keluarga abangnya itu kembali bersatu. Difahamkan, mereka yang menetap di sana selama 10 tahun hilang hak penjagaan lima orang anaknya berusia antara 4 hingga 16 tahun sejak Mei lalu. Hal ini kerana suami isteri ini berdepan siasatan pihak berkuasa berikutan aduan yang dibuat oleh salah seorang daripada anak mereka.

BACA : Tiada Lagi Video Masak Selambak, Kehilangan ‘Grandpa Kitchen’ Ditangisi Ramai

Boleh jumpa sebulan sekali, hanya 3 jam sekali jumpa

Lebih perit lagi, mereka hanya dibenarkan untuk berjumpa anak-anak sebulan sekali dalam tempoh 3 jam setiap kali perjumpaan. Perkara itu membuatkan Hairi dan Norliha sangat rindukan 5 anaknya.

Anak mengadu letih berpuasa, di bawah jagaan keluarga bukan Islam

Dalam pada itu, Hasrol memberitahu bahawa salah seorang anak Hairi kemungkinan letih kerana berpuasa ditegur oleh gurunya. Malah dia turut memaklumkan berasa tertekan kerana perlu berpuasa dalam masa yang lama iaitu melebihi 12 jam. Walau bagaimanapun, siasatan masih lagi dijalankan dan sepanjang tempoh berkenaan mereka dipisahkan buat sementara waktu. Anak-anaknya kini di bawah jagaan keluarga bukan Islam di sana.




Susah nak menang, dakwaan memukul anak sangat berat

Tambah Hasrol lagi, abang sulung yang mesra dipanggil Along itu ada memberitahu isu tersebut sukar berpihak kepada mereka walaupun telah diwakili seorang peguam. Jelas Hasrol, dakwaan memukul anak sangat berat di sana sehingga menimbulkan kerisauan ibu bapa mereka yang menetap di Segamat kerana terlalu merindui cucu-cucunya. Perbicaraan tersebut diteruskan pada 4, 5 dan 6 November ini serta keputusannya dijangka akan dibuat dalam masa terdekat.

Sumber : FB Hasrol Muhamad , Harian Metro

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI