Utama Artis Nama Tercalar Kerana Fitnah, Syafie Naswip Enggan Beri Kemaafan Pada Si Pelaku

Nama Tercalar Kerana Fitnah, Syafie Naswip Enggan Beri Kemaafan Pada Si Pelaku

Baru-baru ini, pendedahan yang dikongsikan oleh pengurus kepada aktor terkenal Syafie Naswip iaitu Badrul Hashim menerusi laman Instagram miliknya kian menjadi tumpuan para netizen. Mana taknya, segala kebenaran dibongkarkan sejurus isu mengasari bekas tunangnya juga merupakan aktres bernama Aishah Azman dan menjalinkan hubungan songsang berpihak pada dirinya kerana tidak ada bukti yang kukuh.

BACA : Konon Burukkan Bekas Tunang, Pengurus Syafie Buka Mulut Cerita Hal Sebenar

Adik Syafie turut terkena tempias

Lebih perit lagi apabila adiknya yang bernama Sapawi turut terkena tempias apabila ada pihak cuba mempersendakan statusnya sebagai ‘anak angkat’ kepada keluarga Syafie.

Pendedahan untuk bersihkan namanya

Pendedahan tersebut dibuat bertujuan untuk membersihkan kembali nama pelakon berusia 27 tahun tersebut selepas dia dilemparkan dengan pelbagai tuduhan berhubung perkara itu. Hal ini kerana isu berkenaan membuatkan dia dipandang serong dan menerima bermacam kata kesat yang rata-rata menghentam dirinya tanpa mengetahui cerita sebenar.

Advertisement




TTL belum terbukti Syafie dalam pihak yang benar

Terbaru, Syafie ada memuat naik tangkapan skrin memaparkan komen seorang netizen mengatakan bahawa keputusan yang berpihak pada aktor berkenaan adalah disebabkan bekas tunangnya tidak mahu memanjangkan isu itu.

Saya takkan memaafkan setiap butir yang dikeluarkan

Terkesan dengan kenyataan sedemikian, Syafie memuat naik status di IG story miliknya bahawa dia tidak akan memberi kemaafan kepada ahli keluarga bekas tunang dan juga para netizen yang melemparkan kata-kata kesat terhadap dirinya. Sebaliknya dia tetap akan berusaha habis-habisan untuk berjumpa dengan semua pihak terbabit.

Advertisement




Sumber : IG Syafie Naswip

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement