Penantian untuk menimang cahaya mata itu pasti dirasai oleh semua orang yang bergelar ibu atau bapa. Siapa sahaja yang tidak gembira bila disahkan hamil apalagi jika sudah menunggu untuk masa yang lama? Namun, jika sudah ditetapkan bukan rezeki, maka tiada siapa boleh menolak takdirNya. Itulah ungkapan yang sesuai untuk menerangkan situasi pelakon filem Villa Nabila dan suami yang keguguran kandungan pertama setelah tiga tahun berkahwin.Â
BACA:Â Berdepan Komplikasi Kesihatan Termasuk Anxiety, Diana Danielle Akhirnya..
Kecewa memang kecewa sebab sudah lama menunggu. Allah bagi rezeki kembar tiga selepas tiga tahun kahwin namun dia tarik balik rezeki itu dan gantikan dengan yang lain.
Disahkan hamil anak kembar tiga
Menurut sebuah portal berita, pelakon Tisha Shamsir telah disahkan hamil anak kembar tiga pada Jun yang lalu. Namun. dua daripada tiga janin itu berada di luar rahim dan diarahkan untuk menjalani operation kerana ianya telah pecah.Â
Cuba selamatkan satu, tapi..
Tisha memberitahu selepas mengetahui keadaan sebenar, dia dan suami nekad untuk menyimpan satu daripada tiga itu tapi rezeki belum memihak kepada mereka apabila ia gugur akibat operation tersebut.Â
Tidak berhenti berdoa
Ditanya perancangan untuk mendapatkan cahaya mata, Tisha dan suami tidak akan berhenti berdoa untuk mendapatkan zuriat lagi selepas ini. Biarpun berduka cita, dia merasakan mempunyai peluang yang cerah untuk mendapat anak kembar lagi.Â
Sumber: Astro Gempak & Harian Metro