Wanita dan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan. Bagi yang benar-benar menguasai kemahiran bersolek, sesetengahnya mengambil masa yang cukup lama untuk bersiap sepenuhnya di hadapan cermin. Bermula daripada calitan foundation, sapuan bedak sehinggalah semburan face mist, semuanya melalui langkah cukup teratur demi mendapatkan hasil akhir yang memuaskan hati. Namun begitu, malang pula bagi seorang gadis yang berasal dari Thailand ini apabila ditimpa tragedi sewaktu ralit bersolek.
BACA :Â Ayah Kongsi Video Anak Khusyuk Dengar Ayat Al Quran, Matanya Pula Dipuji Ramai
Tangan terpeleset sebelum tertarik bulu mata
Menerusi pendedahan daripada portal Buzzfeed, gadis ini sedang cuba melentikkan bulu matanya menggunakan sebuah alat pengepit. Namun tanpa disangka-sangka, tangan yang diletakkan ke atas meja solek mula terpeleset sebelum menyebabkan semua bulu matanya tercabut terus dan melekat pada alat berkenaan.
Jangan sampai jadi macam sis kita ni
Kisah itu turut dikongsikan semula oleh seorang pengguna Twitter dengan nama akaun Cik Wina. Sudah tentu, kejadian tersebut cukup mengerikan khususnya buat golongan wanita yang gemar bersolek menggunakan alat pelentik mata. Cik Wina sempat menitipkan pesan supaya orang wanita menyepit bulu mata mereka terlebih dahulu sebelum mencalit maskara pada bahagian berkenaan.
Bila tumbuh baru, dia lebih panjang dari sebelum ni
Langkah berkenaan sekurang-kurangnya akan mengelakkan bulu mata terus melekat kepada permukaan alat tersebut. Tidak ketinggalan, netizen turut berkongsikan pengalaman mereka sewaktu berhadapan situasi sama. Ada juga yang mempersoalkan tentang kepanjangan bulu mata gadis Thailand itu apabila sudah tumbuh semula kelak.