Viral

Ayah Kongsi Video Anak Khusyuk Dengar Ayat Al Quran, Matanya Pula Dipuji Ramai

Ayah Kongsi Video Anak Khusyuk Dengar Ayat Al Quran, Matanya Pula Dipuji Ramai

Sharing is caring!

Tatkala berada di sekeliling anak-anak kecil, jiwa kita seakan-akan ‘cair’ melihat keletah susuk tubuh yang masih suci dan bersih daripada dosa itu. Bahkan daripada mereka juga, kadangkala kita sebagai orang dewasa boleh belajar sesuatu perkara untuk memperbaiki diri sendiri. Mungkin itulah perkara yang terlintas di minda kita tatkala melihat video seorang bayi bernama Mikhail Darwish ini.

BACA : [VIDEO] Bayi Tak Nak Menyusu Sebab Mak Tiada, Ayah Perdaya Guna Taktik Genius

Ayah Kongsi Video Anak Khusyuk Dengar Ayat Al Quran, Matanya Pula Dipuji Ramai

Bagi dia dengar & tengok benda-benda baik je

Baru-baru ini, bapa kepada bayi comel tersebut telah berkongsikan sebuah video ketika dia begitu tenang melihat video alunan ayat Al-Quran melalui skrin telefon. Sejak semalam, rakaman berdurasi seminit lebih berkenaan sudah berjaya meraih puluhan ribu tontonan daripada netizen. Kata lelaki bernama Mikhail Isaaq ini, anaknya yang baru sahaja dilahirkan sekitar awal bulan November tersebut memang suka diperdengarkan alunan ayat-ayat suci.

Ayah Kongsi Video Anak Khusyuk Dengar Ayat Al Quran, Matanya Pula Dipuji Ramai Ayah Kongsi Video Anak Khusyuk Dengar Ayat Al Quran, Matanya Pula Dipuji Ramai

Setiap kali nak tidur mesti dengar daddy zikir dulu

Bahkan dalam kepsyen yang dibuat, ayah ini berharap permatanya itu bakal menjadi insan berguna di masa hadapan nanti. Melihat kepada posting lain, sebenarnya sebelum ini ada video seakan sama yang pernah dimuat naik. Dalam rakaman berkenaan, Darwish hanya mahu melelapkan mata setelah mendengar alunan zikir daripada mulut ayahnya sendiri.

Boleh tak save video ni? Orang lain nak dapat mata macam ni pakai lens

Melihat kepada ruangan komen pula, ternyata ramai netizen yang menjadi geram selepas melihat kecomelan Baby Darwish. Bukan sahaja mendoakan yng baik-baik buat bayi ini, malahan mereka terkesima dengan keindahan mata milik Darwish. Jika kita perhatikan, matanya yang berwarna kelabu itu memang sangat cantik membulat.

Ayah Kongsi Video Anak Khusyuk Dengar Ayat Al Quran, Matanya Pula Dipuji Ramai Ayah Kongsi Video Anak Khusyuk Dengar Ayat Al Quran, Matanya Pula Dipuji Ramai Ayah Kongsi Video Anak Khusyuk Dengar Ayat Al Quran, Matanya Pula Dipuji Ramai

Sumber : Instagram Mikhail Isaaq

Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Ayah Kongsi Video Anak Khusyuk Dengar Ayat Al Quran, Matanya Pula Dipuji Ramai

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram