Viral

[FOTO] Sedar Diri ‘Tong-Tong’ Duit Minyak Kereta, Tapi Cara Pemberiannya ‘Win’

Isu berkongsi duit minyak apabila keluar dengan kenderaan rakan-rakan sering kali mencetuskan perbualan hangat. Keluar berseronok bersama memang satu aktiviti menggembirakan sekali, namun ia akan bertukar sebaliknya sekiranya ada yang mula mengelat saat membahagikan duit minyak berkenaan. Walaupun tuan kereta tidak meminta sebarang duit, namun boleh dikatakan tindakan tersebut adalah salah satu common sense yang boleh difikirkan sendiri.

BACA : Kawan Tarik Kerusi Konon Nak Bergurau, Gadis Jatuh Terhentak Disahkan Lumpuh

Kawan sejati bayar duit minyak

Advertisement

Bagi seorang gadis ini, dirinya agak bertuah kerana dikurniakan sahabat-sahabat yang sangat perihatin apabila mereka tidak berkira dalam membayar kos perjalanan selepas habis melepak. Perasaan terharu itu dikongsikan sendiri menerusi Twitternya sejak beberapa hari lalu sehingga meraih ribuan retweet daripada netizen

Advertisement

Bersyukur dikurniakan 2 sahabat baik

Walaupun perkongsian ini seakan tiada makna besar pada pandangan orang lain, namun ia cukup membuatkan Fataniah merasa bersyukur kerana dikurniakan sahabat yang sangat memahami meskipun mereka cara pemberian wang itu agak ‘lain macam’.

Advertisement

Bila aku berdoa pada Tuhan untuk kurniakan kawan-kawan yang ‘sekepala’, Dia hantarkan aku 2 makhluk ni.

Ayuh kita hapuskan kawan yang tak bayar duit minyak

Dalam pada itu, netizen juga turut memuji sikap rakan-rakan kepada gadis ini yang sangat perihatin memberikan wang tersebut meskipun tidak diminta. Selain berkongsikan kisah sendiri, ada pula yang mempertikaikan jumlah wang pemberian itu kononnya terlalu sikit. Namun tegas gadis ini lagi, ketika itu jarak perjalanan mereka tidaklah terlalu jauh.

Advertisement

Sumber : Twitter Fataniahfaisal

Advertisement
Advertisement

Add Comment

Click here to post a comment

Youtube

Facebook

Telegram