Artis Hiburan

“Sebijak Mana Pun Seorang Isteri, Bodoh Akan Datang Bila Kepercayaan Dikhianat”

“Sebijak Mana Pun Seorang Isteri, Bodoh Akan Datang Bila Kepercayaan Dikhianat”
Rasaflix

Sharing is caring!

Setelah lama mengabaikan rasa pelik apabila melihat sikap mencurigakan Firdaus, Sofea akhirnya menemui jawapan sebenar di sebalik persoalan berkenaan. Penemuan kotak bahan terlarang yang disorokkan oleh Fir di belakang cermin tandas sememangnya menghancurkan jiwa Sofea saat dirinya sedang bahagia menyulam cinta. Bahkan apabila sudah ‘terkantoi’, suaminya itu masih lagi berdalih dan cuba meneruskan penipuannya.

BACA : Sofea Digelar Bodoh Sebab Naif Pasal Leher Merah Rupanya Ada Isi Tersirat

Awak tu cumalah isteri saja

Namun selepas membuat kepastian bersama dengan seorang kenalan kepada Rina, Sofea benar-benar kecewa apabila serbuk putih yang dikatakan sebagai ubat resdung sebenarnya merupakan bahan terlarang. Apabila dia cuba berbincang tentang hal berkenaan, Fir pula cuba lari daripada menghadapi realiti bahawa rahsianya selama ini sudah pun terbongkar. Walaupun Sofea cuba mencari jalan penyelesaian agar suaminya dapat keluar daripada belenggu ketagihan, lelaki tersebut enggan menerimanya sehingga sanggup mengeluarkan kata-kata mengguris perasaan.

Apa lagi yang tak cukup? Mama tak tau nak buat apa

Tidak cukup dengan itu, wanita berkenaan semakin kecewa apabila ibu mentuanya tidak menerima kenyataan bahawa anak sendiri adalah seorang penagih. Tapi pada satu sudut lain, sebenarnya dialah yang menyembunyikan rahsia tersebut daripada pengetahuan ahli keluarga sejak dahulu lagi.


Sedar-sedar je dah jadi bodoh

Dalam pada itu, salah satu kapsyen menerusi perkongsian tuan pengarah, Shahrulezad Mohameddin turut menarik perhatian ramai. Babak flashback sewaktu Sofea dan Fir keluar makan malam bersama membuktikan bahawa ramai insan yang sebelum ini pandai pastinya ‘bertukar’ sebaliknya apabila melibatkan orang tersayang lebih-lebih lagi dalam perihal pengkhianatan.

Sumber : Instagram Budak Ijat

Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura

Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram