Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Viral

Kawan Tarik Kerusi Konon Nak Bergurau, Gadis Jatuh Terhentak & Disahkan Lumpuh

26th December 2019
in Viral
Kawan Tarik Kerusi Konon Nak Bergurau, Gadis Jatuh Terhentak & Disahkan Lumpuh
607
SHARES
3.4k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Mengenangkan semula memori masa zaman persekolahan dahulu, pastinya setiap daripada kita pernah melakukan pelbagai ‘kerja gila’ untuk mengusik rakan-rakan. Walaupun kedengaran agak nakal, namun itulah kenangan manis yang tidak akan berulang lagi tatkala menginjak usia dewasa. Tapi siapa sangka perkara yang seronok dilakukan itu boleh menjejaskan keselamatan orang lain seperti yang menimpa gadis ini.

BACA : Disangka Demam Biasa, Kakak Kongsi Cerita Duka Hayat Adik Berakhir Sebab HLH

Putus asa disahkan lumpuh sampai makan ubat penenang

Kejadian mengejutkan yang berlaku di Indonesia itu dialami oleh seorang pelajar perempuan bernama Sinta. Selepas dikongsikan menerusi Twitternya sejak beberapa hari lalu, nyatanya pendedahan itu membuka mata ramai agar sentiasa beringat dalam bergurau. Niat rakan-rakannya yang sekadar mahu bermain tarik kerusi akhirnya bertukar duka selepas Sinta terduduk sehingga dirinya lumpuh akibat keretakan tulang belakang. Bukan sahaja menjejaskan kesihatan fizikal, malahan tragedi tersebut mengganggu emosinya.

Kawan Tarik Kerusi Konon Nak Bergurau, Gadis Jatuh Terhentak & Disahkan Lumpuh

Tak boleh berdiri atau duduk…rasa nak berhenti hidup

Selama 3 bulan berturut-turut, dia hanya mempu terlantar memandangkan pergerakannya sangat terhad. Mungkin kita sendiri sangat biasa dengan usikan tarik kerusi seperti ini kan? Kata Sinta lagi, dia mengakui tekanan semakin memuncak apabila mendengar dakwaan guru bahawa masalah tulang yang ditanggung ketika itu bakal memberi kesan buruk jika mengandung kelak. Usaha mendapatkan rawatan tradisional sebelum ini juga hanya memburukkan keadaan sebelum dia beralih ke kaedah perubatan moden. 

Kawan Tarik Kerusi Konon Nak Bergurau, Gadis Jatuh Terhentak & Disahkan Lumpuh

Niat tak nak menyakitkan kawan, tapi takdir siapa tahu?

Mujur sahaja selepas kesihatannya beransur pulih selepas dia melalui sebuah operation selama 5 jam. Melalui perkongsian ini, dia berharap agar orang dapat mengambil ikhtibar supaya lebih berhati-hati dalam menyakat orang terdekat. Jangan sudah terhantuk, barulah nak terngadah.

Kawan Tarik Kerusi Konon Nak Bergurau, Gadis Jatuh Terhentak & Disahkan Lumpuh

Kawan Tarik Kerusi Konon Nak Bergurau, Gadis Jatuh Terhentak & Disahkan Lumpuh
Gambar sekadar hiasan

Sumber : Twitter Sinta

Tags: gadisindonesiajatuhkerusipedajalrakanretaksekolahtulang
Next Post
Kawan Tarik Kerusi Konon Nak Bergurau, Gadis Jatuh Terhentak & Disahkan Lumpuh

Hidup Resah & Rezeki Sempit, Inilah Padah Jika Putuskan Silaturahim Keluarga

Smartphone Terbaik dengan RAM Besar & Storan Luas

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)