Utama Artis Dihentam Konon Salah Fakta Bilangan Anggota BTS, Alif Satar Beri Respon Padu!

Dihentam Konon Salah Fakta Bilangan Anggota BTS, Alif Satar Beri Respon Padu!

Baru-baru ini, selebriti versatil iaitu Alif Satar telah dihentam oleh peminat setia kumpulan K-pop terkenal iaitu BTS Army sejurus peserta ‘Big Stage 2019’ Han Byul membuat persembahan. Semuanya bermula apabila pengacara ini tersilap menyebut bilangan anggotanya sehingga isu berkenaan menjadi trending di Twitter. Tidak melenting dengan isu tersebut, pelantun lagu ‘I Want You To Love Me’ ini tampil membuka mulut menerusi laporan Harian Metro.

BACA : “Itu Cara Kami..” – DJ Baru Radio Dilabel ‘Syok Sendiri’, Johan Beri Respon

Tak perlu terlalu taasub dengan artis. Nanti di akhirat takkan ditanya pun nama setiap anggota kumpulan yang ditaasubkan itu.

Saya sendiri peminat fanatik Datuk Seri Siti Nurhaliza

Menurut penyanyi dan pelakon berusia 29 tahun ini, dia mengakui turut memahami bagaimana perasaan terlalu suka terhadap seseorang artis memandangkan dirinya juga merupakan peminat fanatik kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Minat artis jangan sampai berlaku pergaduhan

Namun begitu, Alif turut menegaskan bahawa perasaan minat kepada seseorang artis itu tidak seharusnya terlalu mengikut perasaan dengan melampau sehingga boleh mencetuskan perkara yang kurang menyenangkan.




Ada ‘army’ hentam, ada sokong

Mengulas lanjut sama ada dia berasa gentar semasa berdepan dengan situasi sedemikian, bapa kepada 3 orang cahaya mata ini menjelaskan bahawa dia melihat keadaan tersebut sebagai sesuatu yang lucu. Meskipun begitu, masih ada sesetengah ‘army’ yang menyokongnya kerana mereka tahu apa yang disebutkan oleh Alif pada pentas Big Stage itu sebenarnya tidak salah.

Sumber : Harian Metro

Artikel Popular