Utama Tips Dapat Dating Dengan Isteri Pun Rasa Bahagia, Rupanya Mereka Rindu Nak Berbual

Dapat Dating Dengan Isteri Pun Rasa Bahagia, Rupanya Mereka Rindu Nak Berbual

Selain bergelar seorang pendakwah bebas yang terkenal dan cukup disegani ramai, Ustaz Ebit Lew juga seringkali dianggap sebagai suami dan bapa contoh buat masyarakat di luar sana. Bukan apa, dia gemar berkongsi moment romantik bersama isterinya di laman media sosial. Begitulah posting terbarunya di laman Instagram memaparkan video pendek bersama bidadari tercintanya.

BACA : Kongsi Amalan Dengan Isteri & Anak, Ebit Lew Hiba Dengan Tindakan Bos Cina Ini

Dapat dating dengan isteri begini pun rasa bahagia

Menurut kapsyen yang ditulis, dia rasa bahagia dapat berdua-duaan dengan isterinya ketika dalam perjalanan mengambil anak-anak mereka dari sekolah. Hal ini kerana wanita itu sibuk menguruskan kerja-kerja rumah sepanjang masa dan perlu perhatian sejurus suami pulang. Dia juga menyarankan agar meluangkan masa buat isteri tercinta dan beri kejutan sebagai tanda terima kasih.




Biarlah orang nak kata apa pun..

Tambah Ebit Lew lagi, dia tidak kisah dengan pandangan orang lain kerana apabila tiba ajal nanti, isterilah orang yang akan menjaga anak-anak dan mendoakannya. Malah dia juga mengambil kisah Nabi SAW untuk dijadikan sebagai contoh. Jelasnya lagi, sejak dari kecil dia sudah melihat ibu bapanya berbuat demikian sehinggalah akhir hayat mereka. Dalam pada itu, dia turut mendoakan isterinya agar sentiasa diberi kekuatan untuk menjaga anak-anak mereka.

View this post on Instagram

Petang-petang pergi ambil anak sekolah bersama. Dapat dating begini pun rasa bahagia. Rindunya ya Allah. Terima kaseh Allah atas nikmat ini . Bila sampai rumah kita selalu peluk anak yang kecil. Mereka berlari pada kita rindu ayahnya. Kita pun rindu mereka. Anak yang besar lagi rindu pada ayahnya. Tak dapat pelukan. Paling rindu tengah sibuk kemas or memasak yakni isteri kita yang paling RINDU. Penat menguruskan seorang diri semuanya. Bila kita sibuk semuanya isteri kita yang uruskan semuanya dari pagi sampai malam. Walau isteri bekerja seluruh komitmen untuk suami dan anak-anak. Mereka rindu nak berbual dan bercerita dengan suami. Dengarilah mereka. Peluklah mereka. Sayangilah dan bantulah isteri kita. Beri semangat dan ucap terima kaseh. Beri hadiah dan kejutan buat mereka . Biarlah orang nak kata apapun. Esok kita mati pasangan kita ini akan jaga anak kita dan mendoakan kita sentiasa. Rindu pada kita. Allahuakbar. Jangan malu untuk hargai isteri. Setakat pegang tangan pun malu. Nak peluk sikit pun malu. Nabi saw siap main kejar-kejar dibahagian belakang peperangan. Sambut isteri masa isteri tiba-tiba datang ke masjid. Siap hantar masa nak balik. Siap beri peha dan bantu bidadari untuk naik kenderaan. Takde malu pun. Kita semua kena sorok-sorok. Last dah sampai rumah tidur. Bukan ada masa bersama selalu pun. Sedihkan pegang tangan pun malu. Dari kecil saya tengok ayah saya cium peluk hargai mak depan kami. Hari-hari saya tengok mak ayah saya bercinta sampai hari ini walau mak dah meninggal dunia. Hari-hari ayah cerita dan ingatkan saya tentang mak anugerah Allah. Betapa dia sayangkan isterinya..mak saya . Ya Allah rindunya pada bidadari dan anak-anak. Jagakanlah bidadariku dengan rahmat dan kasih sayangmu. Berilah bidadariku sihat sentiasa dan kekuatan dalam menjaga anak-anak-ebitlew #24Nov #terakhirKeluargasunnah #www.transformjiwa.com #pgrmCherasKL

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on




Sumber : IG Ebit Lew

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI