Utama Viral Lewat Malam Ada Follower Mengidam Lontong , Tindakan Chef IG Ini Dipuji...

Lewat Malam Ada Follower Mengidam Lontong , Tindakan Chef IG Ini Dipuji Ramai

Selain fesyen, nyanyian dan juga make-up, video masakan adalah yang paling mendapat tontonan tinggi sekiranya ia dikongsikan ke Instagram. Bahkan ada juga yang berjaya menjadi Instafamous kerana kerap berkongsi pelbagai video resepi menarik ke media sosial berkenaan. Salah seorang ‘Chef Instagram’ yang sangat dikenali adalah @Yatie Kitchen atau nama panggilannya, Kak Yatie. Sejak membuka akaunnya beberapa tahun lalu, wanita berkenaan sudah mengumpul lebih 500,000 pengikut sehingga hari ini.

BACA : Rimas Dapat Mesej Lelaki Sama Tapi Tak Block, Netizen Sekolahkan Gadis Ini

Dia bukanlah selebriti…Saya tahu perasaan teringin

Advertisement




Baru-baru ini di laman entrinya, Kak Yatie telah mengimbau semula kenangan 6 bulan yang lalu ketika menerima DM daripada seorang follower. Dedahnya, wanita tersebut ketika itu sedang sarat mengandung dan foto semangkuk lontong yang dikongsikan oleh Kak Yatie telah membuatkan dirinya terlalu mengidam. Bagi yang pernah berada dalam situsi tersebut, mungkin anda begitu memahami perasaan wanita itu.

Gambar sekadar hiasan

Hilang malu bila tengok gambar lontong ini

Dalam dm tersebut, dia benar-benar meminta maaf kerana terpaksa meluahkan rasa mengidamnya kepada chef Instagram berkenaan. Memahami perasaan ibu mengandung tersebut, Kak Yatie sudi memasakkan lontong itu untuk diberikan kepada tuan badan sendiri meskipun sudah lewat malam sekali gus membuatkan wanita tersebut benar-benar terharu kerana permintaannya ditunaikan.

Gambar sekadar hiasan

Kak Yatie memang baik…Semoga Allah pelihara

Mungkin apa yang dibuat Kak Yatie nampak simple saja. Namun pastinya ia memberikan makna yang cukup besar kepada ibu berkenaan. Selain itu, dia sempat juga berkongsi foto anak comel yang berada dalam kandungan sewaktu mengidam lontong dahulu. Kisah ini seolah-olah melahirkan sebak di jiwa netizen dan rata-rata terus memuji sifat baik wanita yang handal memasak itu kerana bermurah hati melayani permintaan follower Instagramnya.

Advertisement




Sumber : Instagram YatieKitchen

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement

Advertisement