Kongsi Amalan Dengan Isteri & Anak, Ebit Lew Hiba Dengan Tindakan Bos Cina Ini

Nama pendakwah bebas terkenal iaitu Ustaz Ebit Lew sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Kehadiran beliau diterima ramai pihak tidak kira bangsa dan agama dek kerana tutur katanya yang lemah lembut. Bagi yang mengikuti perkembangannya di laman media sosial pasti tahu beliau gemar berdakwah tidak kira tempat. Malah perkongsian tersebut kebanyakkannya boleh merentap hati sesiapa saja.

BACA : Isteri Jatuh Cinta Dengan Lelaki Lain, Semua Menangis Bila Suami Sudi Maafkan

Dia menangis dan memeluk saya..

Advertisement

Terbaru, Ustaz Ebit Lew telah membuat perkongsian berbentuk video di laman Instagram miliknya. Dalam Posting tersebut, beliau berkongsi kegembiraan bertemu seorang lelaki berketurunan Cina ketika di suatu tempat. Menurutnya, lelaki berkenaan menangis lalu memeluknya selepas hampir 2 jam berbual-bual.

View this post on Instagram

Advertisement

Sebak sangat tadi ada dapat jumpa seorang boss chinese kontraktor beragama Budha di Hotel Maya Ampang. Beliau menangis berbual dan peluk saya. Dekat 2jam berbual. Terharu dia ada semua buku saya. Paling syahdu dia hafal 11 amalan memiliki kekayaan. Sebak bila beliau ulang satu-satu amalan tu. Saya cuba buat mana yang boleh. Niat betul. Sayang keluarga. Sedekah. Rajin bangun awal pagi. Cuma solat dhuha, tahajud dll belum dapat saya buat. . Dia kongsi amalan tu dengan isteri dan anak semua dah besar juga. Yang besar 19 tahun. Dia menangis cerita betapa penting sayang isteri macam ustaz ajar. Saya banyak berubah. Saya tak nak leka dan lalai. Saya baca buku menelusuri cinta dan isteriku bidadari . Saya amal dan hafal apa point ustaz cakap. . Katanya terharu tengok saat peluk seorang abang yang diuji dan putus asa. Ustaz peluk bagi semangat. Saya hormat ustaz. Kami janji nak jumpa lagi. Saya jemput beliau hadir keluargasunnah nanti november ini. Walau belum Islam dia berminat semua amal yang bawa bahagia -ebitlew

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Advertisement

Hafal 11 amalan untuk memiliki kekayaan

Malah beliau turut terharu apabila lelaki yang bekerja sebagai kontraktor itu mempunyai kesemua buku hasil penulisannya. Apa yang paling syahdu sekali adalah dia menghafal 11 amalan untuk memiliki kekayaan. Namun, hanya beberapa solat sunat saja yang dia belum mampu untuk lakukan.

Advertisement

Nangis bila dapat tahu kepentingan menyayangi isteri

Jelas lelaki Cina itu lagi, dia berkongsi amalan tersebut bersama isteri dan kesemua anaknya. Kemudian dia menangis sebaik mengetahui bahawa betapa pentingnya menyayangi isteri seperti yang diajar oleh Ebit Lew. Jujurnya lagi pada pendakwah itu, dia terharu apabila beliau memeluk dan memberi kata-kata semangat kepada seorang lelaki yang berputus asa kerana diuji. Selepas mendengarkan kisah lelaki berkenaan, pendakwah ini meluahkan rasa terharu.

Advertisement

Sumber : IG Ebit Lew

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement

Advertisement