“Bagai hilang separuh nyawa”, demikianlah kata-kata yang paling sesuai menggambarkan isi hati seorang pengguna Twitter bernama @Husnafifa apabila kehilangan abang gara-gara terlibat dalam sebuah nahas jalan raya. Abangnya yang bernama Muhammad Lukman Hakim Mosyazid (19 tahun) itu sedang dalam perjalanan dari Johor menuju ke Kuala Lumpur untuk menjalani latihan industri bersama seorang lagi sahabatnya, Ahmad Daniel Ruzwan Iskandar Mohd Ali.Â
BACA :Â Budak Order Corn Dog 2 Bungkus, Bila Nak Bayar Terus Rasa Sebak Dengan Duitnya
Treler datang dari arah bertentangan…Menghempap kereta
Menurut laporan daripada Harian Metro, kereta Myvi yang dinaiki oleh mereka berdua mengalami kemusnahan teruk setelah dihempap sebuah lori treler membawa muatan kapur. Tragedi hitam yang berlaku berhampiran RNR Ayer Keroh, Melaka itu membuatkan 2 sahabat tersebut kehilangan nyawa apabila lori berkenaan tiba-tiba masuk dari arah bertentangan. Menjengah ke Twitter adik kepada Allahyarham Lukman Hakim, Husna telah membuat coretan yang begitu meruntun jiwa ramai.
Jangan tinggalkan aku Man…Tangan aku gigil
Sewaktu mendapat berita tentang nahas jalan raya itu, gadis ini terus meminta orang ramai agar mendoakan supaya abangnya baik-baik sahaja. Lebih sebak lagi, Husna menghantar banyak mesej WhatsApp kepada abangnya itu meskipun tidak mendapat sebarang balasan. Dalam mesej berkenaan, dia seolah-olah memberikan semangat agar Lukman melawan penderitaannya ketika itu.Â
Sayu hati aku…Aku hilang abang aku…Jangan tinggal aku
Mengetahui bahawa Luqman pergi buat selama-lamanya kerana tidak dapat diselamatkan, kenyataan itu seakan sukar ditelan olehnya. Mana tidaknya, insan yang selama ini membesar bersama dengan ikatan kasih sayang utuh kini pergi menghadap Allah terlebih dahulu.Â
Sumber : Twitter Husnafifa dan Portal Harian Metro